Monday, July 20, 2009

CHINA- UIGHUR Mengulang Sejarah Bosnia

Konflik antara puak majoriti Han dan minoriti Muslim Uighur di wilayah Xinjiang menarik minat banyak pihak di peringkat antarabangsa tentang ketidakadilan layanan terhadap pihak minoriti oleh kerajaan China.

Bersempadan yang lebih hampir dengan Turki,Afghanistan, Kirzystan, dan Rusia serta terletak di tengah-tengah jalan sutera padang pasir China menjadikan ia wilayah yang paling jauh dalam negara China. Walau bagaimanapun, ia adalah penyumbang terbesar ekonomi China iaitu sehingga 61% dari pendapatan minyak dan hasil galian.

Kekayaan minyak dan mineral menjadikan ia tarikan kepada kerajaan untuk menguasai kawasan ini sepenuhnya. Etnik Han yang merupakan etnik pendatang juga semakin ramai di sini menjadikan mereka berjumlah 60% daripada penduduk asal iatu Uighur yang kini hanya 40%. Penghijrahan masuk ini adalah untuk memecah monopoli ekonomi oleh etnik Uighur. Di mana-mana pun sejarah membuktikan wilayah yang kaya dengan minyak dan hasil galin akan bergolak jika tidak ditadboir dengan adil. 'Conflict over interest' wujud kerana datangnya puak baru yang mahu memecah monopoli atau tradisi pemilikan oleh sesuatu puak yang asal. Inilah cabaran negara yang mempunyai kepelbagaian etnik.

China melaui etnik Han mahu menguasai Xinjiang kerana industri dan rakyat China memerlukan minyak dan hasil galian untuk mengembangkan ekonomi dan menampung keperluan bahan api. Perusahaan arang batu dijangka tidak akan mampu lagi menampung keperluan bahan api dan ia mencemarkan udara. Penguasaan sepenuhnya menjadikan kerajaan China sebagai pemilik tunggal pengeluaran ini dan mengabaikan kebajikan etnik Uighur yang telah tlibat dalam pengeluaran ini secara tradisi.

Selain itu, konflik juga wujud kerana kerajaan China memaksa Uighur menerima liberalisasi kebudayaan atas nama perpaduan. Agama, budaya, peradaban mereka diminta dilupakan dan mengamalkan satu budaya dan cara hidup dengan Han yang menggambarkan 'satu China', namun ia tidak mudah bagi etnik yang tebal dengan ciri-cir tempatan ini mahu menerima nilai baru tersebut. Uighur sejak 50 tahun dipaksa asimilasi dengan nilai dan norma budaya Han.

Teori konspirasi boleh saja mncadangkan perbuatan melaga-lagakan han dan Uighur adalah propaganda kerajaan China atau CIA yang mahu melihat Islam hancur walau di mana pun Islam tumbuh dan berkembang. Persengketaan sengaja dicetuskan untuk memulakan huru hara dan konflik antara dua puak. Apabila timbul konflik ia menjadi sebab untuk kerajaan campur tangan demi menjaga kepentingan ekonomi. Ia skrip lama yang diulang-ulang di merata dunia.

Satu persoalan : Siapalah yang mampu membela etnik Uighur?