Sunday, February 1, 2009

Current Research : FACTORS GOVERNING AMERICA’S DEVELOPMENT OF A BALLISTIC MISSILE DEFENCE (BMD) SYSTEM IN THE POST COLD WAR ERA.

ABSTRAK

FACTORS GOVERNING AMERICA’S DEVELOPMENT OF A BALLISTIC MISSILE DEFENCE (BMD) SYSTEM IN THE POST COLD WAR ERA.


Mengapakah sistem pertahanan balistik (BMD) masih mendapat keutamaan dalam pembangunan ketenteraan US dalam era pasca Perang Dingin? Terdapat dakwaan bahawa ia bukan sahaja untuk mengekalkan keunggulan kuasa US dalam sistem antarabangsa tetapi juga mengekalkan dan memperluaskan teknologi dan ketenteraannya sekaligus melindungi keselamatan dan kepentingan US serta sekutunya. Mendepani ancaman yang seringkali disenaraikan sebagai ‘rouge states’, kuasa rantau, krisis rantau, ancaman tradisional, keganasan, negara nuklear baru serta WMD; US meneruskan komitmen membangunkan BMD. Dari perspektif domestik, BMD dilihat mampu i) mengekalkan kebebasan bertindak US, ii) mencegahrintang pembangunan dan perlaksanaan ICBM, dan iii) mengehadkan kemusnahan yang dihantar oleh ICBM. Dari perspektif antarabangsa pula, pembangunan BMD adalah bertindakbalas dari faktor-faktor berikut, i) trend percambahan nuklear sedunia, ii) ancaman rouge states, dan iii) kebangkitan China sebagai ancaman baru strategik. Kecuali serangan 11 September, BMD telah berjaya mengekang ancaman ke dalam daratan dan kepentingan US di luar negara. Pentadbiran baru US sama ada di bawah John Mc Cain atau Barrack Obama dijangkakan akan terus memberi perhatian kepada “ a strong military in a dangerous world” termasuk “effective missile defense” ini.

No comments: