Monday, February 9, 2009

POLITIK PERAK : UTOPIA KESUCIAN SEBUAH PERMAINAN POLITIK

Aku berasa geli hati membaca berita Karpal Singh meradang dengan Anwar Ibrahim sebagai rentetan daripada perubahan politik Perak dari PKR kepada BN. "Mereka ini tak faham hakikat politik ke walau dah lama berpolitik?" Sama juga dengan Ir. Nizar yang baru setahun menanam jagung di ladang politik -kalau benar kedegilannya bukan dibuat-buat (nampak sgt!) - aku mahu tertawa juga, "mengharapkan politik itu suci murni, salah oranglah tuan!" hati aku mahu ketawa terus....

Kebanyakan orang masuk politik kerana sesuatu kepentingan. Walau sesuci mana kepentingan itu, realitinya apabila terjun ke dalam bidang politik, mesti pandai bermain permainan dan tektik - dari situlah politik mendapat namanya. Cuma politik Malaysia masih mempunyai satu kesucian - sama ada di peringkat persekutuan atau negeri, Raja atau Sultan masih mempunyai kuasa penentu politik kerana di atas segala kuasa eksekutif adalah titah YDP Agung atau Sultan sesebuah negeri.

PAS mungkin bermain politik kerana mahu mewujudkan sebuah negara Islam sepenuhnya namun PAS juga semakin lama semakin pandai bermain 'politik', sudah berapa kali sanggup bergabung dengan parti bukan Melayu untuk mencapai matlamat berkuasa mereka. Bukan aspirasi Islam lagi yang menjadi keutamaan, namun kuasa. Lalu di mana sucinya politik PAS apabila sanggup mengkompromikan agama demi sebuah kuasa?

PKR melalui Ir. Nizar cuba mempertahankan kesucian politik mereka dengan mempertahankan hak dan kuasanya sebagai MB sebagaimana peruntukan tubuh negeri Perak, namun dalam masa yang sama Nizar terang-terang mengengkari titah mengenai kuasa dan kedudukannya. Mengengkari titah Sultan bukan cara Melayu berpolitik dan Nizar telah mencemari pemerintahannnya yang suci selama ini dengan menderhaka titah Sultan. Jika Melayu tidak menghormati titah Sultan, adakah ada orang lain yang akan lebih menghormati titah Sultan? Siapa yang akan menjaga kesucian ketinggian sebuah titah jika bukan orang Melayu? Nizar telah menunjukkan contoh mencemarkan institusi beraja yang tidak boleh dimaafkan. Tak tahulah pula kalau Nizar sekadar berlakon untuk memuaskan hati kuncu-kuncu DAP dalam dewan Perak...

DAP melalui Karpal Singh cuba untuk bermain politik suci murni. Nak tergelak aku dibuatnya! Karpal cuba berhujah melalui saluran undang-unndang. Siap warning lagi tuh!! Takkan Karpal Singh dah lupa, di atas semua kuasa undang-undang adalah kuasa Sultan, maknanya kuasa Sultan seperti veto. Itu memang asas undang-undang Malaysia sebab itu lah dinamakan Raja Berperlembagaan! Kuasa Raja di atas kuasa perlembagaan. Kita bercakap tentang hierarki kuasa. Di puncak hierarki kuasa adalah YDP Agung atau Sutan di peringkat negeri. Karpal berang Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berdiam diri, mungkin kerana mereka lebih memahami undang-undang bahawa di puncak sebuah kuasa adalah insitusi beraja, bukan seperti Karpal yang buat-buat tak paham!

Politik tidak dapat dijayakan dengan cara yang suci kerana perkataan politik itu sendiri bermakna helah, tektik, tricks, games, permainan, etc untuk mengekalkan kekuasaan. Mengharapkan bermain politik secara telus, suci murni adalah satu utopia yang tidak mungkin sesuai kepada pemainnya yang berfikiran suci. Lihatlah PAS, PAS semakin bermain politik. BN jangan cakap la, politik umpama kacang, kupas dan kunyah aje. DAP..herm...licik. PKR, baru nak bertatih, masa akan mematangkan.