Tuesday, September 16, 2008

INTEGRASI EROPAH: PRAKTIS DAN PROBLEM

sumber: amazon.com


INTEGRASI EROPAH : PRAKTIS DAN PROBLEM


DEFINISI INTEGRASI

Integrasi ialah kedua-dua proses dan pengakhiran sesebuah negara.

Matlamat pengakhiran negara tercapai apabila aktor-aktor berintegrasi sebagai sebuah komuniti politik. Proses integrasi mesti terjadi dengan kerelaan dan persetujuan sebulat suara. Komuniti politik yang berintegrasi mesti meletakkan beberapa karektor. Biasanya integrasi antara negara akan mempunyai sebuah carta proses pembuatan keputusan yang mirip sebuah negara tunggal. Integrasi juga mencadangkan sebuah komuniti keselamatan, sebuah sistem yang menolak penggunaan ketenteraan dan paksaan sebagai cara menyelesaikan perbezaan. Proses politik akan dipraktiskan dengan mengambilkira karektor politik intra-negara berbanding antara-negara. ’Peraturan permainan’ kumpulan ini ialah kesanggupan untuk bekerjasama di dalam satu sistem dengan tujuan mencapai matlamat-matlamat tertentu, dengan gaya politik pluralism (majoriti).

EU DAN KEANGGOTAAN

European Union (EU) atau Kesatuan Eropah terdiri dari Germany, UK, France, Netherlands, Belgium, Luxembourg, Denmark, Italy, Ireland, Spain, Portugal, Greece, Finland, Sweden dan Austria sebagai negara asal. EU juga dianggotai oleh 10 negara baru seperti Cyprus, Malta, Hungary, Poland, Slovakia, Latvia, Estonia, Lithuania, Czech Republic, dan Slovenia. Manakala negara calon ialah Turkey, Croatia, Romania dan Bulgaria.

KERANGKA TEORI

Tidak ada teori tunggal yang boleh menjelaskan kepelbagaian proses integrasi Eropah.

  1. Teori Integrasi klasik iaitu - neo-fuctionalism dan intergovenmentalism – mengambil berat persoalan sama ada EU patut berkembang sebagai European super-state (negara tunggal Eropah) atau sama ada patut kembali sebagai sebuah organisasi antarabangsa. Sementara integrasi ekonomi telah berkembang dengan baik, EU tidak mengambil peluang ke arah pembinaan sebuah bangsa (nationhood). EU telah membangun sebagai sebuah negara rentas negara (transnational governance) yang menerimapakai sesetengah karektor sesebuah negara (statehood). Perbezaan politik sistem kerajaan ini telah menyebabkan perdebatan bagaimana untuk memperbaiki keabsahan demokratik (demokratic legitimacy) melalui reformasi institusi. Perdebatan ini mengayakan (cross-fertilization) kajian politik dan undang-undang. Keperundangan moden (modern constitutionalism) dan prinsip-prinsip ini mungkin boleh diaplikasi ke arah mencapai kerajaan demokratik melangkaui negara bangsa (nation-state).
  2. Pendekatan lama Rationalist (Rationalist Approach) menekankan kepada keutamaan negara dalam integrasi serantau, pemikiran baru (Pendekatan Konstruktivist Sosial) menekankan proses integrasi dengan penekanan pengetahuan dan sosiologi, selaras dengan proses peningkatan peranan aktor-aktor bukan negara.
  3. Pendekatan Konstruktivist diperkuatkan dengan pembangunan ’rantau baru’ (new regionalism) yang menekankan kepada proses integrasi pelbagai peringkat dalam konteks globalisasi. Bentuk baru fahaman serantau (regionalism) terbentuk pada tahun-tahun 1990-an, yang dikarektorkan oleh pelbagai aktor serta faktor-faktor penentuan keselamatan selepas Perang Dunia Kedua, dengan kelajuan globalisasi ekonomi. Pengemuka Rationalism Approach dan Constructivist approach mempercayai kedua-dua pendekatan ini saling melengkapi.

PENGENALAN

Kemusnahan akibat Perang Dunia Kedua dan kejatuhan negara Soviet Union telah memberi idea kepada pemimpin-pemimpin negara Eropah bahawa perlu dibangunkan sebuah kerjasama ekonomi, sosio-politik dan ketenteraan di rantau tersebut. Kerjasama ini telah diterjemahkan dalam bentuk integrasi. Walau bagaimanapun, timbul beberapa persoalan dalam proses integrasi tersebut hingga ke hari ini. Perbincangan ini hanya akan bertumpu dalam kerangka masa selepas era Perang Dingin.

I. INTEGRASI EKONOMI

Sehingga tahun 2004, aktiviti utama integrasi Eropah dapat dianalisa berdasar ukuran ‘memperluas dan memperdalam’ (widening and deepening) (Brigid Gavin 2005:224). Aktiviti ‘memperluas’ meliputi ‘zero tariffs’, ‘common external tariff’ , ‘the four freedoms and harmonization of standards’, adoption of the euro, dan ‘adoption of Constitutional treaty’. Manakala aktiviti ‘memperdalam’ melibatkan ‘free trade area’, ‘custom union’, ‘internal market’, ‘monetary union’ dan ‘political union’. Komuniti ini berkembang daripada kumpulan enam negara pengasas kepada lebih besar dengan 25 negara anggota.

Tahun 2004 juga menyaksikan pembesaran EU dengan kemasukan negara-negara baru bekas negara komunis termasuk (reunite) Cyprus dan Malta. Integrasi ke dalam EU ini melambangkan integrasi serantau. Walaupun aspek persempadanan tidak jelas, tahap-tahap integrasi ini melambangkan hierarki regim-regim itu ke dalam EU.

i. Free Trade Area/ Internal Market

Pada asasnya, integrasi Eropah melangkaui idea sebuah kawasan perdagangan bebas (free trade area). Objektif utama Treaty of Rome adalah membentuk sebuah pasaran bersama, iaitu pasaran dalaman yang menyediakan empat kebebasan iaitu: pergerakan bebas untuk barang-barang (goods), perkhidmatan (services), people (rakyat) dan modal (capital). Pasaran dalaman ini hanya lengkap pada tahun 1992.

Mengapa ia mengambil masa yang lama? Kerana mandat Treaty of Rome juga memperuntukkan penggunaan undang-undang dalam pasaran dalaman supaya dapat berfungsi dengan lebih baik. Proses ini tentunya memerlukan reformasi undang-undang di peringkat negara secara besar-besaran juga. Tambahan pula, negara-negara anggota masih mempraktiskan perlindungan dan monopoli negara dalam banyak sektor perkhidmatan. Hanya dalam Single European Act (1986) sahaja baru membuka jalan kepada jalan integrasi paling dinamik dalam sejarah integrasi Eropah.

ii. Tariff Reduction

Salah satu program pasaran dalaman ialah mengurangkan tarif (tariff reduction). Ia melangkaui halangan sempadan dan sangat berkesan sebagai pemacu aspek ekonomi politik ke atas negara anggota, misalnya mengurangkan campur tangan negara dalam hal ekonomi, menyediakan insentif baru kepada syarikat-syarikat swasta, dan menyediakan orientasi ekonomi ke arah pasaran bebas. Dengan pendekatan persaingan, Suruhanjaya (Commision) menggalakkan pengswastaan telekomunikasi, penyiaran, perbankan, dan pengangkutan. Seterusnya ialah trend yang jelas ke arah “Europeanisation”perniagaan.

iii. structural fund’ dan ‘cohesion fund’

Instrumen ‘structural fund’ dan ‘cohesion fund’ telah mengimbangi keprihatinan pasaran dalaman. Jurang yang lebar antara rantau yang kaya dengan rantau yang miskin dilambangkan oleh kelompok-kelompok negara-negara tersebut dalam EU, misalnya kelompok negara Eropah Barat dan Eropah Selatan. Bantuan kewangan untuk pembangunan infrastruktur dan modenisasi ekonomi disalurkan kepada negara-negara Ireland, Spain, Greece dan Portugal. Dan Ireland telah berjaya memperkuatkan struktur ekonomi mereka dengan instrument ini.

iv. Monetary Union

Keperluan untuk satu matawang sebagai melengkapkan pasaran dalaman telah dipertikaikan. Sudah tentu dengan membatalkan matawang negara dan digantikan dengan satu matawang Eropah telah memberi makna/ signifikan politik yang besar. Matawang negara merupakan satu simbol utama kedaulatan dan keyakinan kerajaan yang menggunakannya dalam urusan ekonomi. Dari segi sejarah, penghasilan sesuatu mata wang negara berhubungkait dengan pembinaan sesebuah negara bangsa di Eropah.

Penubuhan European Monetary Union (EMU) juga telah dipacu oleh kekuatan politik. Walaupun German dan Italy berselisih tentang political union, tetapi bersetuju tentang currency union. Persetujuan kedua-dua negara ini juga berpotensi mengukuhkan integrasi Eropah.

Walaupun matlamat untuk penggunaan satu matawang tidak pernah disebutkan dengan jelas dalam Treaty of Rome, penganjuran integrasi Eropah seringkali mengambilkira ia sebagai elemen penting kepada proses integrasi. Dengan pengalaman penawaran berlebihan, inflasi, dan pengangguran; membuka debat kepada perlunya berberapa peraturan baru dalam ekonomi Eropah. Ia dimulakan dengan Delor Report pada tahun 1989, diikuti dengan Maastricht Treaty pada tahun 1993, perancangan ini menjadi kukuh pada tahun-tahun 1990-an, dan melorong jalan kepada pelancaran matawang euro pada tahun 2002.

Struktur kewangan EMU adalah sistem yang kompleks dengan penubuhan European Central Bank (ECB). ECB tidak mengganti bank-bank negara, ia cuma mengambil alih beberapa fungsi yang sebelumnya dilakukan oleh bank pusat setiap negara. Kebolehpercayaan politik bergantung kepada Gabenor ECB yang mengeluarkan laporan tahunan kepada Parlimen Eropah.

Perlembagaan makroekonomi Eropah setakat ini telah mencapai kestabilan ekonomi yang mengagumkan. EMU juga telah berjaya mengurangkan jurang antara rantau miskin dengan negara kaya. Ramai pihak, termasuk Presiden of Commission berhujah bahawa Stability and Growth Pact perlu lebih fleksibel. Polisi fiskal sepatutnya lebih aktif semasa kemerosotan ekonomi. United States of America dan Britain mempunyai polisi fiskal yang lebih pro-aktif dalam tahun 2003 yang boleh menguatkan ekonomi dan mengekalkan inflasi yang rendah.

II. INTEGRASI SOSIO- POLITIK

i. Persempadanan

Pembentukan pasaran dalaman dan matawang tunggal telah meluaskan aktiviti rakyat Eropah melangkaui sektor ekonomi kepada sektor alam sekitar, perlindungan kesihatan dan kepenggunaan, polisi sosial dan pasaran buruh, pendidikan, kebudayaan, dan emigresen. EU mula menjangkaui lebih dari simbol sebuah kedaulatan negara, contohnya slogan ”Europe without frontiers” – slogan kepada pasaran dalaman yang telah mengorbankan simbol penting autonomi persempadanan; ”Europe in your hand”- slogan kesatuan matawang telah menyebabkan kehilangan simbol berharga matawang sesebuah negara. Begitu juga dalam Maastricht Treaty pada tahun 1993 yang telah mengubah nama Economic Community(EC) kepada terangan-terangan kesatuan politik European Union (EU), memberi isyarat yang jelas bahawa integrasi politik akan menjadi agenda seterusnya.

ii. Piagam Perundangan (Constitutional Charter)

Maastricht Treaty memberi detik penting kepada integrasi Eropah. Ia memprovokasi reaksi dan debat awam tentang keabsahan penubuhan EU. Kebimbangan ini berasas kepada kebebasan perniagaan di pasaran dalaman yang akan menindas hak asasi rakyat. Banyak syarikat korporat di pasaran dalaman yang mengurangkan tanggungjawab kepada buruh, alam sekitar, masayarakat dan kerajaan yang telah menyediakan infrastruktur ke arah keuntungan mereka.

Tetapi Treaty ini sudahpun mengasaskan perubahan perlembagaan. Mahkamah Keadilan Eropah (European Court of Justice –ECJ) sudahpun melambangkan perjanjian EU sebagai “piagam perundangan” (Constitutional Charter) dalam undang-undang EU. Dominasi golongan elit dalam isu integrasi Eropah juga berubah pada tahun 1990-an apabila warga Eropah membincangkan isu ini secara terbuka selepas penubuhan EU.

iii. Kerakyatan

Walaupun pasaran dalaman menjamin pergerakan bebas rakyatnya, ia masih di bawah proses penyesuaian sebenarnya. Kumpulan-kumpulan rakyat tidak lebih positif untuk berintegrasi, jadi niat untuk merapatkan mereka telah menjadi sebaliknya.

Kerakyatan rantau Eropah, yang juga berasal dari kerakyatan sesebuah negara Eropah tertentu, mempunyai jurang yang besar. Kerakyatan Eropah ini dijamin kepada kerakyatan sedia ada mana-mana negara Eropah, sementara 15.5 juta orang yang secara undnag-undangnya penduduk EU, masih tidak berhak menerima kerakyatan Eropah – walaupun mereka tinggal, bekerja dan membayar cukai di mana-mana negara Eropah. Hak penganugerahan sebagai kerakyatan Eropah sangat terhad dan muncul dari empat kebebasan pasaran dalaman iaitu kebebasan mendapatkan barangan, perkhidmatan, pergerakan modal dan pergerakan rakyat.

iv. Hak Asasi Warga Eropah

Hak-hak utama kerakyatan Eropah ialah Hak untuk bergerak, tinggal dan bekerja dilain-lain negara persekutuan; Hak untuk mengundi dalam pilihanraya majlis perbandaran dan pilihanraya Parlimen Eropah; Hak untuk pelindungan diplomatik oleh pihak berkuasa negara asal; Hak menghantar petisyen kepada Parlimen Eropah; dan Hak untuk merujuk kepada pegawai aduan Eropah (European omsbudman).

Di samping hak-hak ini, terdapat beberapa hak yang diberikan kepada kerakyatan sesbuah negara misalnya, rawatan non-diskriminasi kepada bukan warga negara, bantuan undang-undang kepada ahli keluarga, dan undang-undang keselamatan sosial kepafa pekerja-pendatang. Beberapa peraturan kewarganegaraan Eropah juga diaplikasi kepada pekerja-pendatang, misalnya persamaan hak antara lelaki dan wanita, hak terhadap alam sekitar dan perlindungan kepenggunaan. Skop ini kepada warganegara Eropah sangat kecil, iaitu hanya 5.5 juta orang yang tinggal dan bekerja di negara anggota. Timbul juga persoalan apa akan berlaku kepada mereka yang bekerja di negara asing, iaitu berkenaan jaminan pekerjaan, dan kelayakan insurans kesihatan. Jelas, antara kebebasan yang empat, kebebasan rakyat masih paling lambat dibangunkan.

Keperluan untuk memperkemas struktur warga negara Eropah telah menghasilkan cadangan piagam hak warganegara. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan hak warga negara yang turut diambilkira sebagai keperluan utama untuk memperkukuh keabsahan dan identiti EU. Usaha ini diterajui oleh kerajaan German. Piagam Hak-hak Asasi (The Charter of Fundamental Rights) yang terhasil dari desakan politik German, dengan digabungkan dengan Constitutional Treaty yang baru, secara langsung mengangkatnya menjadi status politik yang tinggi di EU dan diiktiraf sah dari segi undang-undang.

v. Hak dalam institusi

Dengan meletakkan hak asasi manusia sebagai ‘hati’ (heart) kepada perlembagaan Eropah, ia diharap dapat melindungi warganya dengan menyediakan senarai hak-hak yang jelas kepada warga seperti yang ditawarkan oleh Kesatuan. Tambahan pula, EU akan menjadi sebahagian daripada European Convention on Human Rights dan ia boleh dipertangungjawabkan ke atas perlanggaran hak rakyatnya. Jika warga Eropah boleh membuat pembetulan menentang institusi EU, ia akan mengukuhkan asas hak asasi di Mahkamah Community. Piagam ini akan memberi faedah tidak hanya kepada warga tentang perasaan pemilikan ke atas sebuah institusi, tetapi juga kepada Persekutuan dengan pengiktirafan keabsahan dan meningkatkan kebolehpercayaan oleh warganya.

Piagam ini akan membuka lembaran baru peluang politik yang boleh digunakan oleh semua aktor. Warga akan dibekalkan kuasa untuk membuat aduan sebelum ke ECJ. Kuasa warga untuk mengambil tindakan undang-undang menentang institusi EU, dengan sokongan ECJ, akan memberi kuasa untuk mempengaruhi sesuatu agenda. Ia juga akan mempengaruhi hubungan antara negara anggota. Piagam ini boleh digunakan oleh sesbuah negara untuk menghalang hala tuju atau peraturan negara baru, misalnya ke atas standard alam sekitar atau polisi sosial. Namun sesetangah pihak lain pula berhujah bahawa apa yang paling penting ialah penubuhan Commission for Human Rights yang berkuasa menyiasat penderaan hak asasi.

Namun piagam ini dipandang belum cukup lengkap tentang peranan warga Eropah dalam pembikinan-polisi Eropah itu sendiri. Oleh itu, European Citizens Action Service (ECAS) - sebuah civil society body yang mewakili masyarakat di Brussels – mempertimbangkan hak untuk mendapat maklumat sebagai element penting dalam demokrasi EU dan memformulakan tuntutan berkenaan hak-hak mendapat maklumat tentang institusi-institusi EU. Tuntutan ini bertitik tolak dari penolakan penyertaan rakyat dalam pilihanraya Parlimen Eropah, satu institusi yang paling dekat dengan warga Eropah. Hak ini termasuk mendapat dokumen pemberitahuan. ECAS juga berhujah EU harus mempunyai program serta bajet yang lebih besar kerana bajet sekarang hanya .01% dari polisi-polisi rakyat, yang hanya bersamaan 4 euro setiap orang, setiap tahun!

vi. Demokrasi berperlembagaan (Constitutional Democracy)

Walaupun integrasi Eropah dibina dari pemilihan kepimpinan secara demokratik oleh negara anggotanya, tiada proses langsung demokratik Eropah. Prinsip asas demokrasi berperlembagaan (constitutional democracy) seperti undi majority, dan pertalian terus antara golongan eksekutif dan legislative, serta pemisahan kuasa – tidak dilaksanakan sepenuhnya. EU dikarektorkan dengan gaya pentadbiran teknokratik (technocratic style of governance).

Oleh itu, pemimpin-pemimpin Eropah pada tahun 2001 telah menggubal pembahruan perlembagaan Eropah yang meliputi:

a) menjadikan EU lebih mesra-rakyat terutamanya membawa EU lebih dekat dengan generasi muda;

b) menjadikan pembikinan-keputusan lebih cekap sebagaimana kesatuan telah melebihi dari 30 ahli dalam jangka masa terdekat;

c) memberi kesatuan kapasiti untuk berkembang menjadi player yang lebih berkuasa di pentas global, supaya boleh bertindak menjadi faktor penstabil di dunia baru multipolar.

Strategi politik untuk mengusahakan isu-isu ini adalah berasaskan empat elemen, iaitu * clarification, simplication, democracy dan constitution. Perlunya memperjelas “siapa buat apa” di EU, melakar pembahagian yang jelas antara kecekapan yang bertindih oleh kesatuan dan negara-negara anggota, serta mempermudah polisi. Kaedah-kedah ini dipercayai dapat menolong EU menjadi lebih bermakna kepada warganya. Dengan cara mengurangkan demokrasi ini, ia akan menjadikan EU lebih demokratik, telus, dan cekap.

vii. Constitutional Treaty

Pemerintahan adalah sebuah konsep yang kabur. Konsep institusi lebih tepat dalam konteks undang-undang. Perlembagaan menyediakan kerangka undang-undang untuk kerajaan. Jadi, Constitutional Treaty yang diterimapakai pada tahun Jun 2003 adalah sebuah perlembagaan persekutuan (federative constitution). Ia sebuah sistem perlembagaan yang mana beberapa negara berkongsi kerajaan yang sama untuk mendapatkan kepentingan yang sama. Dalam bahasa sains politik kontemporari, ia adalah sistem disentralisasi (decentralised system) pentadbiran pelbagai peringkat berasaskan kepada prinsip pembahagian kuasa (subsidiarity). Ia untuk memastikan tiada pertindihan kuasa antara peringkat negara dengan peringkat Kesatuan Eropah.

Constitutional Treaty memperuntukkan beberapa perkara:

  • Nilai-nilai kesatuan yang memaktubkan nilai-nilai politik, sosial dan etnik dalam persekutuan
  • Peraturan Bertulis yang jelas memberi kuasa kepada setiap institusi kesatuan, dan bagaimana institusi ini berinteraksi sesama sendiri
  • Pembahagian kuasa, secara vertikel – kuasa terbahgai antara negara anggota dan kesatuan; secara horizontal- kuasa terbahagi kepada institusi utama dalam kesatuan iaitu esekutif, legislatif, dan judiciary
  • Persamaan warga dan negara – ia mengandungi senarai hak-hak rakyat sama rata haknya dari segi politik (political equal citizens). Juga menyenaraikan persamaan taraf antara negara dan saling hormat antara mereka.
  • Keutamaan undang-undang berperlembagaan – yang menyediakan prosedur judisiary untuk menterjemah dan menguatkuasa Constitution serta memperuntuk keutamaan undang-undang Eropah lebih tinggi dari undang-undang negara jika timbul pertikaian antara dua jenis undang-undang ini.
  • Keabsahan demokratik– undang-undang dan politik yang diterimapakai dalam kerangka perlembagaan akan dipakai dan dikekalkan dengan persetujuan rasional warga
  • Kestabilan – perlembagaan akan menyediakan kestabilan jangka panjang Kesatuan dengan cara menyediakan keseimbangan antara kestabilan dan fleksibiliti supaya kesatuan boleh menerima perubahan politik, ekonomi dan sosial pada masa hadapan.

Constitutional Treaty masih ada kelemahn sebagai sebuah kesatuan politik. Dua jenis model tradisional pembikinan polisi di kesatuan iaitu - * Community Method, dan * Intergovernmentalist Method – akan membolehkan negara anggota mengekalkan kuasa veto di bidang dasar luar dan dasar pertahanan. Dengan demikian, integrasi politik dalam EU masih ketinggalan berbanding integrasi ekonomi dalam EU.

Constitutional Treaty walau bagaimanapun boleh memperkuat dan memperkukuh check and balances untuk pembikinan-polisi di bawah Community Method. Commissions mempunyai hak istimewa untuk mencadangkan undnag-undang kepentingan umum Eropah. Hak pembikinan keputusan akan dikongsi oleh 2 dewan/ badan penggubal undang-undang, iaitu 1. Council of Ministers yang mewakili kerajaan, 2. European Parliament yang mewakili warga.

Prosedur keputusan bersama akan menyediakan keseimbangan yang baik untuk penggubalan undang-undang di kesatuan. Tambahan pula, ECJ juga mempunyai kuasa untuk menyemak kesahan semua tindakan perundangan di bawah Community Method. Walau bagaimanapun, dari segi praktisnya tahap pembikinan keputusan di European Parliement yang mewakili suara rakyat hampir tidak wujud kerana Council of Ministers yang mewakili kepentingan mempunyai kuasa asas untuk mencadang dan menggubal undang-undang dengan gabungan kuasa eksekutif dan legislative.- (Council of Ministers boleh dinasihati oleh Parlimen tetapi tidak wajib mengikut cadangan tersebut).

III. INTEGRASI KETENTERAAN

i. Penubuhan Western European Union (WEU)

Maastricht Treaty juga menyediakan dasar pertahanan dan dasar luar bersama. EU telah menggunapakai Kesatuan Eropah Barat (Western European Union – WEU) – yang dianggotai oleh Belgium, France, German, Great Britaiin, Greece, Italy, Luxembourg, Netherlands, Portugal, dan Spain – sebagai penyusunan pertahanan yang berasal dari Brussels Pact 1948, dan hari ini ia dianggotai oleh kebaanyaka negara EU.

Pembangunan WEU ini mengakibatkan perasaan tidak puas hati oleh Amerika Syarikat, pemimpin tradisi NATO. EU mendakwa WEU akan menguatkan peranan Eropah dalam NATO berbanding menguasai NATO. Dijangkakan anggota tentera WEU akan berkembang sehingga menjadi 50,000 orang, dengan permulaan 4,000 orang oleh French-German Brigade pada tahun 1988 di luar kerangka NATO. Pasukan ”Eurocops” ini akan ditempatkan di Strasbourg, France, dan akan dipanngil bertugas dengan NATO jika keadaan memerlukan.

ii. Penubuhan Organisation for Security and Cooperation in Europe (OSCE)

Tamatnya Perang Dingin menimbulkan masalah kepada sistem keselamatan Eropah, terutama negara bekas komunis dan negara baru pecahan bekas Soviet Union. Masalah keselamatan Eropah ialah untuk memberi perlindungan kepada negara-negara ini supaya tidak mengancam keselamatan negara Barat. Terdapat 2 persepsi ancaman iaitu:

1) kejatuhan regim komunis akan menyebabkan ketidakstabilan politik kepada negara-negara Eropah Timur dan bekas Soviet yang miskin (Albania, Bulgaria/ Negara-negara Asia Tengah);

2) Kerisauan konflik antara Romania dan Hungary kerana pertikaian terhadap kawasan Transylvania.

-- Bagaimanapun, keadaan ini ditenangkan oleh 2 keadaan:

1) Rakyat kedua-dua blok yang berpecah itu menolak kerajaan komunis dengan aman dan dengan rela menganut nilai-nilai Barat. Mereka juga cuba mencontohi dan menjadi dari sebahagian dari sistem politik dan ekonomi dunia yag lebih besar.

2) Sistem yang dipilih adalah teratur, misalnya di bawah payung Organisation for Security and Cooperation in Europe (OSCE) yang menyediakan forum kepada negara lama dan negara baru untuk berinteraksi.

Adalah jelas aspirasi utama negara bekas komunis ialah untuk mengambil bahagian dalam kemakmuran Eropah Barat. Matlamat mereka ialah diterima menjadi negara anggota dalam EU. Kesatuan Eropah juga menunjukkan respon yang baik dan membuat penyusunan ekonomi dengan negara-negara ini.

iii. Keahlian dalam NATO melalui Partnership for Peace (PFP)

Terdapat andaian yang mengatakan NATO mungkin akan pupus tanpa tentangan ketenteraan tetapi NATO terus mengekalkan kepentingannya dengan tugas baru termasuk memperkembangkan keahlian kepada negara-negara bekas komunis. Jalinan kerjasama timbul pada awal 1990-an apabila pentadbiran Clinton mewujudkan ”Partnership for Peace” (PFP) dengan negara Eropah Timur dan bekas kesatuan Soviet. Taraf keahliannya seperti sebahagian dari ahli NATO dengan faedah seperti kehadiran dalam majlis NATO dengan status ’nonvoting’ iaitu boleh mengambil bahgaian dalam latihan ketenteraan NATO tetapi tidak dijamin menjadi anggota penuh. Kebanyakan negara menjadi ahli PFP kerana berpendapat ia merupakan langkah pertama ke arah keahlian penuh NATO.

Isu ini berkembang apabila pada tahun 1999, Hungary, Poland, dan Republic Czech disahkan keahliannya dalam NATO menjadikan jumlahnya 19 negara. November 2002, keahliannya meningkat kepada 26, dengan kemasukan Bulgaria, Estonia, Latvia, Lithuania, Romania, Slovakia dan Slovenia. Russia belum menjadi anggota penuh tetapi telah berunding untuk mendapat status istimewa dalam NATO-Russia Council – yang membolehkannya menyertai hampir kesemua aktiviti NATO.

KESIMPULAN

Perluasan yang berjaya dilakukan pada May 2004 adalah kejayaan terbesar dalam integrasi EU. Ia ditafsir sebagai kemampuan ’soft power’ Eropah. EU selama lebih 10 tahun berjaya menggunakan ’soft power’nya dengan effektif dalam membentuk dan mengacuan polisi-polisi dan institusi –institusi baru dalam EU. Ia juga melakar peta baru Eropah. Sempadannya lebih hampir dengan Russia, Negara Barat yang Baru Merdeka, serta ke selatan pantai Mediterranian. EU juga meluaskan integrasi untuk membina ’jaringan rakan’ dengan jiran-jiran baru misalnya dengan pembentukan pasaran Pan-Euro- Mediterranean di sepanjang garisan European Economic Area. EU ingin berkongsi integrasi ekonomi dan keselamatan dengan jiran-jiran sebagai asas kedamaian dan kemakmuran mereka nikmati selama lebih 50 tahun.

Rujukan:

Brigid Gavin, ”Regional Integration in Europe” dalam Global Polictics of Regionalism Theory and Practice. Edited by Mary Farrel, Bjorn Hettne, Luk Van Langenhove. 2005. London: Pluto Press.

(ed) Brent F. Nelsn, Alexander Stubb. The European Union. Readings on the Theory and Practice of European Integration. 2003. Colorado: Lynne Rienner Publishers.

Donald M. Snow. National Security for a New Era: Globalization and Geopolitics. 2004. New York: Pearson Longman.

Graham Evans, Jeffrey Newnham. The Penguin Dictionary of International Relations. 1998. England: Penguin Books.


No comments: