Tuesday, September 16, 2008

PEPERANGAN BOSNIA 1991-1997

Pembahagian wilayah Bosnia sebelum dan selepas peperangan - perhatikan wilayah Bosnia yang sudah berkurangan

Olimpik Musim Sejuk di Sarajevo 1984

sumber:expedia.com

izetbegovic

kubur besar mangsa pembunuhan beramai-ramai





PEPERANGAN BOSNIA 1991-1997

Ulasan Susastera

Beberapa faktor menyumbang kepada wujudnya konflik etnik; antaranya sejarah pertentangan puak-puak, corak dominasi etnik, ketidaksamarataan, persepsi persaingan puak sebagai zero-sum game, kemenangan pilihanraya atau perubahan lain yang memberi kuasa kepada nasionalis, kelemahan susunan politik untuk menyederhanakan atau menyekat perlakuan, kewujudan persaingan, tuntutan ekslusif untuk menguasai sesuatu wilayah, corak penyelesaian yang bersandar kepada sesuatu pihak tunggal, serta kewujudan penajaan luar atau sokongan kepada ekstremis politik (Burg & Shoup 1999: 3 ).

Di negara demokratik, tahap keganasan oleh puak pemisah agak rendah. Perlindungan isntitusi ke atas harta awam dan karekteristik hak-hak kemanusiaan dalam demokrasi membenarkan etnik, bahasa, atau kumpulan-kumpulan beridentiti menterjemah tuntutan mereka kepada kuasa undi. Walau bagaimanapun, konflik ke arah berkerajaan sendiri dan pemisahan boleh menaikkan semangat perjuangan. Di Quebec, kegagalan beberapa memorandum kemerdekaan dengan beza yang sedikit mengizinkan ketua puak parti pemisah mengumumkan penentangan etnik minoriti. Di Switzerland, undian pemisahan di Bern Canton pada tahun 1975 telah diiringi dengan pemberontakan dan ugutan yang membahagikan satu bandar utama. Para penganalisis kedua-dua kes di atas walau bagaimanapun, tidak cuba menjelaskan kes-kes ini kepada faktor “kebencian berabad” (ancient hatred) atau keterlibatan faktor budaya. Sebaliknya mereka melihat kepada persoalan kuasa dan kepentingan; serta mempersoalkan peranan institusi dan proses penyelesaiannya. Konflik serta keganasan di Bosnia-Herzegovina juga dapat difahami berdasarkan ciri-ciri di atas.

Pluralis melihat isu-isu di Bosnia sebagai isu dalam perspektif perhubungan (Relational). Isu-isu ini didominasi oleh dua formula: pendekatan perkongsian kuasa dan pendekatan integrasi. Pendekatan perkongsian kuasa boleh dilihat dari beberapa idea: Pertama, konflik etnik wujud dalam hubungan antara kumpulan yang tidak setara berasaskan nilai-nilai budaya yang mengakibatkan satu yang berkuasa meminggirkan satu yang lain secara sosial dan organisasi; kedua, bersabit kumpulan-kumpulan budaya ini tidak boleh bertolak ansur, atau satu komuniti mempunyai darjah autonomi yang melebihi kumpulan lain; ketiga, para pembuat keputusan mesti terdiri daripada wakil setiap kumpulan yang menyumbang kepada keputusan melibatkan kumpulan mereka; keempat, setiap kumpulan mesti mempunyai kuasa veto apabila kepentingan mereka dibincangkan (Ibid: 7).

Dalam isu integrasi, pluralis berhujah pemahaman radikal yang berbeza memberi kesan kepada perhubungan kumpulan. Sepatutnya dengan komunikasi terbuka dan adanya kesamarataan, hubungan antara etnik adalah kerjasama dan pemahamanan yang mutlak; bukannya konflik. Hubungan di atas dilihat sebagai penyumbang kepada perkongsian budaya atau yang dipanggil “budaya sivik” (Civic Culture) di Barat (Opcit). Pluralis mencadangkan sepatutnya kumpulan etnik bersaing pada identiti dan kesamarataan, bukannya pada faktor keunggulan.

Krisis di Bosnia-Herzegovina ini akan dinilai berdasarkan Kaedah Pemetaan Krisis Wher dan krisis ini akan dinilai dalam kerangka masa dari Julai 1991 sehingga 1997.

Pendahuluan

Yugoslavia adalah produk daripada Perang Dunia Pertama, tetapi berpecah pada penghujung era Perang Dingin. Perlembagaannya pada tahun 1974 adalah gabungan elemen persekutuan (federalism) dan persekutuan negeri-negeri (confederalism) membuktikan ia sebuah negara yang longgar. Kematian Joseph Tito pada tahun 1980 dan kelompangan kuasa menggantikan beliau menjadikan Yugoslavia berdepan dengan dekad keruntuhan. Tekanan pengukuhan ekonomi dan krisis institusi politik disusuli dengan pergerakan nasionalis dan tuntutan pemisahan wilayah tambah melemahkan Yugoslavia.

Semasa tahun 1980-an, ekonomi Yugoslavia yang baik sebelum ini menjadi lemah disebabkan oleh salah urus. Pergerakan nasionalis semakin kuat di seluruh negara. Pada tahun 1986, kumpulan inteletual di Akademi Sastera dan Sains di Belgrade menerbitkan memorandum menyeru kebangkitan nasionalis Serbia. Respon daripada itu, dimarakkan dengan semangat anti komunis, pergerakan nasionalisme kemerdekaan juga mula kuat di Slovenia dan Croatia.

Pada dekad ini, dengan keadaan negara Yugoslavia yang lemah tanpa kerajaan yang autoritatif, tahap pencegahan konflik tidak dapat dijalankan walaupun beberapa petanda amaran awal telah mula kelihatan seperti semua faktor yang disebutkan di atas.

Semasa era Tito, beliau cuba mensosialisasikan rakyat Yugoslavia dengan satu budaya hidup yang sama. Muslim dan Kristian diingatkan bahawa pemujaan dan pengamalan agama masing-masing akan memasamkan muka dan menyekat sosialisasi antara etnik. Pembasmian cara hidup Muslim tradisional dan cara berpakaian sehingga tiada ciri yang membezakan Muslim dengan yang lain, yang tinggal hanya nama keluarga yang mencirikan agama mereka. Pendek kata, hanya segelintir yang menyerlahkan identiti Islam walau di Bosnia-Herzegovina. Yang mengamalkannya akan berisiko tidak digemari dalam masyarakat atau dipenjarakan (O’Ballance 1995: 3). Bentuk pencegahan konflik yang dilaksanakan oleh Tito adalah Tekanan (Suppression) serta Penafian Konflik (Conflict Avoidance).

Memahami dan Menganalisa Punca-Punca Krisis

a) Mengapa Krisis Berlaku

Pada Januari 1990, Parti Komunis, institusi utama kepada penyatuan rakyat Yugoslavia telah runtuh apabila delegasi Slovenia keluar daripada Kongres Yugoslavia. Pilihanraya pelbagai parti yang berlangsung beberapa bulan kemudian menjadikan nasionalis berkuasa di semua wilayah, seperti Warren Zimmermann, seoarang duta terakhir di Yugoslavia menyatakannya sebagai “memadamkam api demokrasi yang dinyalakan oleh pilihanraya”(Ekwall-Uebelhart 1996: 3).

Krisis perlembagaan adalah faktor terakhir kepada kemusnahan Yugoslavia ini. Berdasarkan kepada sistem penggiliran presiden yang dibuat selepas kematian Tito, Stipe Mesic iaitu seorang Croat sepatutnya menjadi Presiden pada 15 Mei 1991. Serbia dengan sokongan Montenegro, menghalang perlantikan ini. Slovenia kemudiannya mengetuai masalah persekutuan yang tidak selesai ini dengan mengisytiharkan kemerdekaannya pada 25 Jun 1991 diikuti dengan konflik yang singkat tanpa masalah etnik dengan Serbia. Perjuangan Croatia untuk merdeka lebih kompleks. Apabila Fanjo Tudjman, nasionalis dari Kesatuan Demokratik Croatia (HDZ) memenangi pilihanraya pada Mei 1990, ini merenggangkan mereka dengan majoriti Serb Croat dengan cerita lama tentang negara Ustasha fasis yang dibentuk pada Perang Dunia Kedua. Diikuti pengumuman draf perlembagaan yang tidak menyebut tentang perlindungan minoriti Serb atau hak-hak budaya mereka, Serb di kawasan Knin melancarkan kebangkitan pada Ogos 1990 menuntut kuasa autonomi ke atas kawasan-kawasan yang didominasi Serb di Bosnia. Deklarasi kemerdekaan pada 25 Jun 1991 mencetuskan pertentangan yang lebih besar. Pergaduhan yang melibatkan kumpulan-kumpulan etnik kemudiannya membayangi perjuangan Republic Croatia mendapat kemerdekaan dari persekutuan.

Bagi Bosnia-Herzegovina pula, ia memperolehi kemerdekaan sebelum meletusnya konflik yang lebih besar. Bosnia memperolehi kemerdekaan pada 7 April 1992. Berita ini diterima oleh puak-puak etnik lain di Sarajevo, ibu kota Bosnia dengan kegembiraan, kekecewaan dan kedengkian. Perdana Menteri Croat di Bosnia meletak jawatan, begitu juga dengan dua orang menteri Serb dalam kabinet Bosnia. Walau bagaimanapun, kabinet asal Bosnia pimpinan Presiden Izetbegovic masih mempunyai menteri Muslim Bosnia, serta menteri berketurunan Serb dan Croat.

Pada tarikh yang sama, negara Serbia yang terletak di timur Bosnia-Herzegovina melancarkan kempen Serbia Raya (Greater Serbia) iatu usaha menyatukan orang Serb di Bosnia dan Croatia dengan Serb di Serbia. Tidak semua orang Serb bersetuju dengan gagasan ini kerana mereka masih taatkan negara asal. Kawasan-kawasan yang termasuk dalam gagasan ini ialah wilayah di timur dan utara Bosnia yang termasuk dalam propaganda membentuk Koridor Utara untuk orang Serb. Di Croatia pula yang terletak di barat Bosnia, Presiden Fanjo Tudjman juga mengemukakan idea Croatia Raya (Greater Croatia) dan menentang minoriti pemberontak Serb Croatia yang boleh menghalang cita-citanya. Ditambah pula dengan kemunculan Parti Hak-hak Croatia (HOS) yang berkarektor fasis yang secara terbuka berkempen menentang Serbia Raya. HOS aktif menentang Serb di Croatia dan kemudian melebarkan aktiviti ke Bosnia-Herzegovina. Pergeseran dari dalam negara Serbia dan Crotia inilah yang merebak ke dalam negara Bosnia sehingga menjunamkan Bosnia ke dalam konflik. Bosnia sebagai negara yang terletak di tengah-tengah antara Croatia dan Serbia tidak ubah seperti pelanduk yang tersepit di antara peperangan dua ekor gajah apabila masing-masing Croatia dan Serbia melebarkan wilayah mereka hingga ke dalam wilayah Bosnia-Herzegovina.

Dari segi sejarah, apabila Bosnia-Herzegovina ditakluk Austria pada 1878, Austria berusaha menampan perluasan wilayah oleh Serbia. Yugoslavia memperoleh wilayah pada 1918, di mana Slovenia dan Croatia memutuskan untuk bergabung dengan Serbia dan Montenegro. Pada tahun 1941, Negara Merdeka Croatia menjajah Bosnia-Herzegovina dan mengumumkan orang Muslim sebagai “orang Croat asal”. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, Bosnia dilindungi oleh Tito yang tidak mahu Bosnia dijadikan agenda perebutan oleh republik Croatia dan Serbia. Sempadan Bosnia-Herzegovina menjadi objek konflik antara kedua-dua republik sejak beratus tahun. 1921, Pertubuhan Muslim Yugoslavia (JMO) memegang janji Belgrade bahawa Bosnia-Herzegovina akan dikekalkan sempadan pemerintahan walaupun negara baru Yugoslavia dibentuk. Pada tahun 1929, diktator Raja Alexander cuba memperbaiki konflik Croatia dan Serbia dengan memansuhkan wilayah kebangsaan dengan melibatkan wilayah Vrbas dan Drina dalam republik Bosnia-Herzegovina. 1939, Belgrade telah memperbetulkan sempadan wilayah dengan kawasan Posavina di barat Bosnia dan hampir keseluruhan kawasan tengah diberikan kepada Croatia; sementara Cazinska, Krajina, Banja Luka, Sarajevo, dan timur Bosnia diberikan kepada Serbia yang beribu pejabat di Belgrade. Pembahagian itu telah dibuat tanpa mempedulikan kepentingan Muslim.

Semasa era Tito, beliau menimbangkan untuk membahagikan Bosnia-Herzegovina tetapi terbukti amat memecahbelahkan dan beliau memberhentikan hasratnya. Pada 1943, dalam mesyuarat menentukan wilayah, Serbia mahukan autonomi di bawah kerajaan pusat Yugoslavia, tetapi Muslim Bosnia mahukan status republik. Tito memutuskan Bosnia-Herzegovina dinaik taraf sebagai republik, sama seperti lima republik Yugoslavia yang lain.

Konflik pada peringkat awalnya yang bercirikan perebutan kepentingan politik menguasai pemerintahan negara-negara bekas Yugoslavia serta nasionalism tuntutan kemerdekaan telah merebak menjadi konflik nilai apabila melibatkan faktor sejarah lama, pergeseran agama, identiti serta budaya. Kedua jenis konflik ini berkembang sehingga menjadi konflik perhubungan apabila melibatkan puak majoriti dan minoriti sama ada di Croatia, Serbia dan Bosnia-Herzegovina. Pada peringkat ini, petanda-petanda awal konflik menjadi sangat jelas dan sudah terlalu lewat untuk menyelesaikan kesemuanya sekali secara serentak, namun kelihatannya tiada pihak yang cuba mengelakkan konflik sama ada di peringkat pemimpin, ataupun parti-parti politik.

b) Apakah Situasi Krisis?

Burg dan Shoup (1999: 6), menggariskan tiga isu besar yang menunjukkan situasi krisis di Bosnia-Herzegovina. Isu-isu tersebut adalah: Pertama, kepimpinan nasionalis yang menggerakkan komuniti dan negara mereka ke kancah perang; Kedua, pembebasan Bosnia dari Yogoslavia sehingga menimbulkan isu “persoalan kebangsaan” (national question); serta Ketiga, ketepatan tindak balas antarabangsa kepada kejatuhan pelbagai negara bangsa Yugoslavia dan konflik menuntut wilayah pemisahan oleh kumpulan-kumpulan etnik.

Tahap asas yang diuji yang dimaksudkan oleh Burg & Shoup ialah mendefinisikan hak-hak sebenar di Bosnia, sama ada mereka dilihat sebagai individu, atau komuniti etnik, atau etnik secara bersama. Dalam konteks bekas negara Yugoslavia, terma Muslim tidak reflek kepada agama seseorang individu tetapi merujuk kepada pengenalan kebudayaan (Ibid).

Pengunduran Bosnia dari Yugoslavia memunculkan isu “persoalan kebangsaan” iaitu terma yang selalu digunakan di Eropah Timur bagi menggunapakai semua aspek hubungan antara etnik tetapi elemen paling penting ialah mentakrifkan hak menuntut kekuasaan (claim titular) atau status “negara berperlembagaan” (state constituting) yang selalu disimpan untuk kumpulan etnik majoriti, dan mentakrifkan hak “lain-lain” iaitu kumpulan etnik minoriti. Untuk mencapai status negara berperlembagaan itu, rundingan peringkat atasan diadakan tentang hak-hak, budaya, dan politik kumpulan termasuk pengawalan ke atas negara itu sendiri. Perjuangan ke atas hak-hak dan “persoalan kebangsaan” menjadi berkaitan di Bosnia-Herzegovina, seperti juga di lain-lain negara Eropah Timur. Bosnia membentuk negara dengan tiga ciri utama: negara pelbagai etnik dengan tidak ada kuasa istimewa mana-mana kaum menuntut kuasa berlebihan; dicirikan dengan tiga etnik utama: Muslim Bosnia, Croat dan Serb; serta kekal sebagai negara berperlembagaan.

Disebabkan Bosnia dikelilingi oleh negara yang lebih berkuasa iaitu Croatia dan Serbia yang berebutkan tiga isu penting tadi, maka perebutan ke atas kepentingan dan “persoalan kebangsaan” di Bosnia tidak boleh diselesaikan tanpa penyertaan Croatia dan Serbia. Dengan perpecahan Yugoslavia dan pembentukan nasionalis di Croatia dan Serbia, pejuang di Bosnia-Herzegovina melibatkan penyertaan antarabangsa dan menimbulkan isu baru: Bagaimana masyarakat antarabangsa patut bertindakbalas kepada negara pelbagai bangsa yang rakyatnya berkonflik. Isu ketiga ini dilihat berbeza-beza oleh pihak yang terlibat dengan konflik. Setiap satu aktor konflik membawakan isu asas kepada masyarakat antarabangsa yang cuba merundingkan konflik kemudiannya. Persaingan di Bosnia adalah hak individu lawan hak kumpulan, dan tuntutan melangkaui Muslim, Croat dan Serb tetapi isunya ialah sama ada perlu wujud sebuah negara berperlembagaan. Persaingan ini lebih kepada mendefinisikan perlembagaan itu sendiri, atau akhirnya kepada peperangan sama ada negara itu patut wujud atau tidak. Inilah situasi yang dihadapi oleh Bosnia-Herzegovina (Ibid).

Sejarah di Eropah Timur mencatatkan ketidakintegrasian wilayah berbilang negara atau empayar telah disusuli dengan pembentukan negara bangsa. Proses bermula pada awal ke-19, dan berakhir dengan perpecahan Czechoslovakia dan Yugoslavia diikuti dengan kejatuhan komunisme pada 1989-90. Konflik Bosnia pada 1992- 1993 memunculkan semula persoalan abad ke-19 dan era-Versailles tentang pembentukan negara dan definisi persempadanan di Balkan. Dapat dilihat keselarian antara usaha kuasa Eropah untuk menyelesaikan persoalan Bosnia dengan kongres di Berlin pada 1878; serta perundingan masa depan Bosnia yang dilakukan di Dayton. Dalam kedua-dua kes, masyarakat antarabangsa cuba mengekalkan cerita permulaan kewujudan status quo semasa membentuk realiti politik baru. Dalam kedua-dua kes, Bosnia berkeadaan turun-naik; pada 1878, masyarakat antarabangsa mengekalkan cerita bahawa Bosnia masih lagi dalam Empayar Ottoman dengan membenarkan Austria mengambilnya; pada 1995, masyarakat antarabangsa mengekalkan cerita negara Bosnia dengan membenarkan Serbia dan Croatia mengambil sebahagiannya (Ibid).

c) Adakah ia krisis yang simetri atau tidak simetri?

Krisis di bekas Yugoslavia ini asalnya adalah simetri kerana ia adalah melibatkan aktor negara iaitu Croatia dan Bosnia-Herzegovina yang masing-masing berebut mengisytiharkan kemerdekaan dari Yugoslavia, dengan aktor Serbia yang menentang kemerdekaan negara-negara ini. Di samping itu, ketiga-tiga aktor ini juga mempunyai gagasan keunggulan negara bangsa masing-masing seperti Croatia Raya (diideakan oleh Tudjman, presiden Croatia), Serbia Raya (gagasan di bentuk oleh Slobodan Milosevic, presiden Serbia), serta Bosnia-Herzegovina di bawah pimpinan Alija Izetbegovic menganjurkan “Komuniti Islam Bersatu dari Morocco ke Indonesia” (O’Ballance, Opcit).

Pergeseran pada peringkat ini adalah pergeseran ke atas kepentingan politik yang berbeza-beza dengan sifat konflik di peringkat internal iaitu di dalam wilayah Yugoslavia, serta aktor-aktor yang terlibat berada pada tahap sistem yang sama iaitu tahap cita-cita individu yang seterusnya diterjemahkan ke tahap negara (pendekatan realis). Realism ortodoks seperti Thomas Hobbes juga mendefisikan kelakuan aktor sebagai “manusia jahat” yang suka bergaduh (every one against every one) dan oleh sebab itu, ketakutan dan bahaya kematian akan berterusan (a continual fear and danger of violent death) (Viotti & Kauppi 1999: 60). Freud pula mengatakan manusia menggunakan naluri untuk mengurangkan tekanan, maka kejahatan adalah sebahagian daripada sifat manusia yang berkecenderungan mengurangkan sifat jahat dengan berperang. Realism ini bertegas peperangan tidak dapat dielakkan kerana ia adalah konflik alam.

Paul Wher mengatakan konflik adalah sebahagian daripada naluri biologi yang mana “manusia adalah haiwan sosial” yang mempunyai naluri untuk bergaduh. Sifat ini menjadi asas dan mengakari sesetengah kehidupan sosial dan ia mengganggu proses dalam sistem sosial. Konflik, walau bagaimanapun boleh juga dipandang sebagai fungsi yang menukar sistem sosial itu sendiri.

Berbalik kepada krisis di Bosnia-Herzegovina, masyarakat antabangsa berhadapan dengan struktur antarabangsa yang anarki yang tidak boleh diselesaikan oleh mana-mana kerajaan dunia. Pertembungan berlaku dan konflik tidak dapat dielakkan . Krisis ini menghadapi dilemma apabila dua masyarakat antarabangsa iaitu Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak sependapat dalam usaha menanganinya. Kesatuan Eropah mengambil masa yang lama untuk memutuskan mencampuri urusan konflik di Bosnia-Herzegovina kerana menganggap ia urusan dalaman Yugoslavia dan patut diselesaikan oleh aktor dalaman sendiri. Kesatuan Eropah Barat (WEU) yang bercita-cita hendak menjadi pasukan tentera EU hilang sabar dan mula mendesak PBB menghantar pasukan pengaman ke Bosnia tetapi Cyprus Vance, wakil khas PBB menolak desakan tersebut kerana EU masih mempunyai tentera Organisasi Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Perlakuan masyarakat antarabangsa yang memperlambat-lambatkan campurtangan di Bosnia ini adalah disebabkan oleh PBB, NATO dan EU sendiri yang tidak sepakat dengan cara bertindak . Sebahagian daripada masalah masyarakat antarabangsa ialah mahu menilai sejauhmana konflik ini bersifat perang saudara antara Croat Bosnia, Serbs dan Muslim, dan menilai sejauh mana penaklukan oleh Serbia (Nye, Jr 2005: 163). US pula, sebagai kuasa terkuat dalam NATO hanya memberitahu sekutunya bahawa mereka tidak akan terlibat dengan kempen operasi pertama di Bosnia (Ramet, et al. 2001: 164). Pada masa yang sama, US mempunyai misi penaklukan di Teluk iaitu Perang Amerika-Iraq. Di peringkat dalaman pula, Presiden Josh Bush sibuk melobi untuk disenaraikan semula dalam pilihanraya presiden. Pada peringkat ini, konflik berada tahap tidak simetri lagi kerana aktor-aktor antarabangsa mula berkira-kira mempersepsikannya sama ada mahu melibatkan diri atau tidak.

d) Mengapa krisis menjadi ‘tractable’ atau ‘intractable’?

Krisis di Bosnia adalah krisis yang ‘intractable’ kerana sukar diselesaikan. Ia melibatkan banyak aktor sama ada di peringkat individu, parti dan negara bangsa seperti Fanco Tudjman (HOS- Croatia), Alija Izetbegovic (SDA-Bosnia Herzegovina) dan Slobodan Milosevic (YPA-Serbia). Konflik ini juga melibatkan pelbagai isu yang melibatkan faktor agama, sejarah, budaya dan politik. Kepelbagaian ciri-ciri ini di sebalik setiap kumpulan etnik dan negara bangsa, serta faktor kedegilan mereka yang tidak mahu bertolak ansur tentang perbezaan-perbezaan ini menyebabkan krisis terlekat dalam keadaan ‘intractable’ seperti yang dinyatakan oleh Edgar O’Ballance sebagai pihak-pihak terlibat seperti tidak mahu memadam api perang saudara yang mula menyelimuti Bosnia-Herzegovina tidak kira berapa harga darah yang ditumpahkan (O’ Balance,Opcit: 38). Parti-parti nasionalisme yang menjadi penggerak isu-isu juga tidak mahu bersepakat menimbangtara jika terdapat isu-isu yang boleh diselesaikan secara kerjasama atau seumpamanya. Masing-masing mengutamakan keunggulan negara bangsa seperti yang dinyatakan oleh pluralis.

Di peringkat luaran pula, pendirian EU adalah tidak mahu campur tangan dalam konflik yang disifatkan sebagai isu dalaman bekas negara Yugoslavia yang boleh diselesaikan oleh aktor dalaman, serta terdapat beberapa negara anggota EU sendiri yang kurang pengetahuan dan kefahaman tentang negeri-negeri di Balkan, misalnya sewaktu Menteri Luar Luxembourg menduduki kerusi presiden EU, beliau menasihati Slovenia yang mahu keluar dari Yugoslavia sebagai “terlalu kecil untuk berada di peringkat antarabangsa”(Ibid: 2). Bagi PBB pula, pada awalnya Boutros Ghali pada 10 April 1991 telah menolak permohonan Izetbegovic supaya dikirimkan tentera pengaman ke Bosnia-Herzegovina kerana faktor sumber kewangan dan sumbangan antarabangsa (pasukan tentera) yang terhad yang boleh mengehadkan penglibatan mereka. Kegagalan masyarakat antarabangsa ini bertindak mencampuri konflik di Bosnia-Herzegovina dengan kadar segera telah menjadi satu kesilapan yang menghumban Bosnia-Herzegovina ke kancah perang yang berlarutan dan “intractable”. PBB sebenarnya telah tersalah anggap bahawa konflik di Bosnia akan selesai dengan mudah sepertimana di Iraq. Keadaan ini disifatkan oleh Conway W. Henderson (1998: 397) sebagai situasi “no-body-incharge”, tiada kerajaan atau autoriti yang mencadangkan gencatan senjata misalnya. Pada peringkat ini, tiada potensi ke arah sebarang persetujuan, dialog atau kerjasama antara aktor-aktor, keadaan ini boleh disifatkan sebagai “no zone possible agreement”.

Aktor-aktor yang Terlibat

a) Apakah perlakuan aktor yang terlibat?

b) Apakah persepsi mereka?

Aktor yang terlibat ialah aktor individu, aktor negara, dan aktor antarabangsa. Aktor individu ialah Slobodan Milosevic, Alija Izetbegovic dan Fanco Judjman. Aktor negara ialah Serbia, Croatia dan Bosnia-Herzegovina. Aktor antarabangsa ialah PBB, EU, NATO dan US.

Slobodan Milosevic melancarkan gagasan Serbia Raya iaitu menyatukan semua orang Serb di Bosnia dan Croat dengan Serb di Serbia serta meluaskan penaklukan di kawasan timur dan utara Bosnia dalam gagasan Koridor Utara untuk menempatkan orang Serb apabila cita-cita beliau berjaya. Alija Izetbegovic adalah seorang nasionalis yang mahu menyatukan Muslim Bosnia, Croat Bosnia dan Serb Bosnia di bawah sebuah negara yang berbilang etnik tetapi pada masa yang sama beliau dikenali sebagai pejuang komuniti Islam serta sering ke negara-negara Islam mencari pengaruh dan rangkaian (Opcit: 3). Tudjman merupakan nasionalis Croatia, anti-Serbia dan mahu menubuhkan Croatia Raya untuk seluruh Croatia di tiga negara tersebut. Walaupun bersetuju dengan Izetbegovic dalam hal kemerdekaan negara dari Yugoslavia tetapi Tudjman kurang bersetuju dengan cita-cita Islam Izetbegovic khususnya kepada Croat Bosnia. Ketiga- tiga aktor individu inilah yang memimpin negara masing-masing ke kancah konflik.

Di peringkat antarabangsa, masyarakat antarabangsa yang paling hampir dari segi geografi- EU- awalnya tidak ambil peduli dengan konflik di Bosnia-Herzegovina kerana menganggap ia konflik dalaman Yugoslavia dan patut diselesaikan oleh aktor-aktor dalaman itu sendiri sama ada individu, parti atau negara. PBB pula mengharapkan EU campurtangan terlebih dahulu kerana kekangan sumber kewangan dan ketenteraan, dan US pula mempunyai misi di Teluk serta agenda pilihanraya presiden.

Kedinamikan Krisis

a) Mengapa krisis ini sukar diselesaikan?

b) Darjah atau tahap (degree) Krisis – plot krisis

c) Mengapa krisis ini sukar diurus berdasarkan kepada beberapa kes studi

Plot Krisis Mengikut Kronologi

Permulaan Krisis 1992 – 1993

Pergeseran di antara kerajaan Bosnia dan Serb Bosnia bermula apabila Izetbegovic memohon kemasukan polis dan pasukan simpanan di Sarajevo, dan kerajaan meminta Serb Bosnia meninggalkan bandar pada 4 April 1992. Beberapa pegawai Serb meninggalkan bandar tetapi berjanji kepada Serb yang tinggal bahawa mereka akan kembali dalam beberapa hari. Pada 6 April, Serb mula menembak Sarajevo. Pada 7 dan 8 April, diikuti dengan pengisytiharan antarabangsa ke atas Bosnia-Herzegovina, tentera Serb merentasi Sungai Drina (sempadan Bosnia dengan Serbia) dari Serbia, mengepung bandar-bandar Muslim di Zvornik, Visegrad dan Foca di timur Bosnia. Pada pertengahan April, keseluruhan Bosnia terhimpit dalam peperangan.

Keganasan merebak, kepanikan dan ketakutan meningkat, membahagi-bahagikan etnik mengikut populasi. Bosnia beberapa minggu cuba mengempangi perebakan keganasan etnik. Pertahanan bandar dibentuk oleh kerajaan Bosnia iaitu Muslim, Serb Bosnia yang setia dan Croat Bosnia. Pentadbiran Croat di Vares berjaya menghalang konflik etnik, dan genjatan senjata diusahakan di Velika Kladusa. Di Sarajevo, perhimpunan pro-demokrasi dibentuk. Usaha-usaha ini walau bagaimanapun gagal kerana semua pihak telah bersedia untuk berperang. SDS, parti kerajaan Bosnia telahpun bersedia kerana mendapat tahu bahawa populasi Serb telah menambah pengkalan dan depot tentera. JNA, tentera Serbia telahpun mengepung Sarajevo yang akan memberi kelebihan ketika peperangan kelak. Sewaktu enam minggu pertama, pasukan khas dan separa militari Serb disokong oleh JNA telah memasuki timur Bosnia melalui Serbia, dan JNA memasuki barat Bosnia dari Croatia.

Pada 26 April, kedua-dua pihak telah dipanggil bermesyuarat di Macedonia. Jeneral Serb dan Jeneral Croat dipanggil untuk penyelesaian politik (political settlement) dan akan dilibatkan dalam perbincangan EU; Izetbegovic dituntut mengeluarkan saki-baki tentera dan pegawai JNA keluar dari Bosnia atau beliau merubah struktur tenteranya di Bosnia. Kedua-dua pihak menolak cadangan EU ini.

Pertempuran bersambung apabila Serb Bosnia menyerang dua bandar Muslim. Keesokannya, Presiden Bosnia, Izetbegovic diculik oleh pegawai JNA di Sarajevo. JNA mahu menggunakan Izetbegovic sebagai tebusan kepada pengunduran JNA dari Sarajevo dengan perlindungan UNPROFOR (Tentera Perlindungan PBB). Pihak Muslim tidak menerima cara ini dan menyerang konvoi JNA dan dua pertiga terkorban dalam perjalanan. Gencatan senjata ditandatangani pada 18 Mei disusuli dengan pengunduran saki baki JNA dari Bosnia.

Keadaan kemudiannya menjadi bertambah tidak terkawal dan keganasan menular di Bosnia. Pasukan Palang Merah ditembak dan konvoi PBB dirampas. Tembak-menembak yang berterusan di Bosnia mengundang minat pihak Barat tentang isu krisis kemanusiaan dengan kematian ramai orang awam di Sarajevo pada 27 Mei. Lantaran itu, Majlis Keselamatan PBB pada 30 Mei (Resolusi 757) mengambil tindakan mengenakan sekatan (sanctions) kepada Yugoslavia (Serbia dan Montenegro). Keganasan berterusan dan masyarakat antarabangsa berusaha membuka lapangan terbang Sarajevo untuk penerbangan masuk bantuan kemanusiaan. Pada 20 Mei, gencatan senjata yang memberi izin kepada PBB mengambil alih lapangan terbang telah dicabuli oleh kedua-dua pihak, yang berperang mahu mengawal sempadan di antara lapangan terbang dan bandar.

Pada 26 Jun, Boutros Ghali memberi Serb 48 jam untuk menghentikan serangan ke atas Sarajevo. Beliau mahu Serb membenarkan PBB mengambil alih lapangan terbang dan meletakkan senjata berat mereka di bawah pemantauan PBB seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian gencatan senjata yang dirunding oleh Lewis MacKenzie, komander UNPRPOFOR di Sarajevo. Pada masa yang sama Persiden Bush bermesyuarat dengan penasihatnya tentang kemungkinan menggunakan kuasa tentera di Bosnia. Presiden Perancis pada 28 dan 29 Jun melakukan lawatan ke Sarajevo. Drama berakhir apabila Serb memulangkan lapangan terbang kepada UNPROFOR.

Di luar Sarajevo, Serb telah berbulan-bulan mengepung bandar-bandar majoriti Muslim di sepanjang sungai Drina dan Sava dan menghalau keluar orang Muslim. Serb menghala ke utara dan tengah Bosnia. Muslim kemudiannya mengambil balik kawasan ini. Pada Jun 1992 Serb melancarkan serangan balik dan memenangi kawasan tengah Bosnia. Serb juga gagal mengekalkan koridor utara di antara Banja Luca di barat dan Semberija serta Serbia di timur. Di timur Bosnia, pasukan gerila Bosnia melancar serangan sewaktu musim sejuk 1992 -1993 menentang Serb di Tuzla-Zvornik dan menembak motar ke sempadan Serb Bosnia di timur Srebrenica.

Pada Januari 1993, pertempuran meletus antara Croat dan muslim di tengah Bosnia. Muslim mendapati mereka diserang dari dua pihak. Sebab konflik Muslim dan Croat ialah pembahagian Bosnia yang dicadangkan di bawah perancangan Pelan Vance-Owen. Di timur Bosnia serangan Serb pada musim bunga 1993 mengurangkan kawalan Muslim ke atas kawasan pedalaman, mencabuli Pelan Vance-Owen. Ini memimbulkan konfrantasi dengan NATO kerana bimbangkan Serb menyerang bandar. Penghujung tahun 1993, Muslim terdesak mempertahankan bandar di bawah kawalan Croat di tengah Bosnia. Crotia dan Croat Bosnia terlibat dalam pembersihan etnik di kem-kem Muslim. Bertindakbalas, Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan kenyataan pada Februari 1994 mengancam Crotia dengan sekatan (sanction). Pada peringkat ini Croat dan Serb sebenarnya bersetuju melancarkan serangan bersama menentang Muslim. Tembakan di Pasar Markala pada Februari membawa kepada pakatan Muslim-Croat-Crotia di bawah tajaan Amerika. Pemerhati tentera antarabangsa menyifatkan pertentangan di Bosnia berterusan disebabkan oleh kedua-dua Serb dan Muslim tiada disiplin, lemah dari segi pengarahan dan dan pengawalan (command and control) dan Serb pula ialah mereka tidak mahu mengambil risiko. Tentera Serb telah dibekalkan dengan minyak oleh Croat selama 18 bulan pada 1993 hingga 1994. Tetapi pembekalan ini terhenti pada Disember 1994 yang dapat di fahami sebagai tanda-tanda awal Croat dalam persediaan menentang Serb pula.

Krisis-krisis Besar, 1993 – 1994

a) Srebrenica, April 1993

Krisis pertama yang direspons oleh Barat adalah serangan Serb ke atas Srebrenica pada awal April 1993 kerana Srebrenica merupakan pusat aktiviti gerila Muslim menyerang bandar-bandar dan perkampungan Serb di timur Bosnia pada musim sejuk 1992 – 1993. Serangan Serb dilihat memprovokasi melemah-lemahkan Pelan Vance-Owen. Akibatnya pelarian terperangkap di Srebrenica dan menimbulkan isu penganiayaan kemanusiaan. Komander PBB sendiri telah merentasi garisan Serb dan menaikkan bendera PBB di Srebrenica dalam usaha menyelamatkan pelarian. Pada April, Serb melancarkan serangan ke Sarajevo serta Srebrenica dan menghancurkan Srebrenica. Serangan ini dikuti dengan penangguhan perbincangan gencatan senjata oleh Jeneral Serb di Sarajevo, beberapa jam sebelum NATO mula menguatkuasa zon bebas terbang (no fly zone) di Bosnia yang dibuat oleh Majlis Keselamatan PBB pada Oktober 1992 (Resolusi 781). Dua perbuatan Serb ini dilihat sebagai hasad dengki dengan niat politik. Laporan pembunuhan beramai-ramai orang awam di timur Bosnia telah menyebabkan pentadbiran Clinton mencadangkan sekatan yang lebih ketat ke atas Serbia dan Montenegro. Owen, pada Februari pernah menyatakan kemungkinan menggunakan serangan udara untuk menyeimbangkan serangan, sekarang mahu mengebom Serb dalam usaha mencegah mereka mengepung bandar Muslim. Di Washington, tekanan lebih tinggi kerana kerana Presiden Czechoslovakia mendesak White House menghentikan Serbia. US mengancam melancarkan serangan udara. US juga didesak untuk “melakukan sesuatu” untuk meredakan krisis. Kemudiannya komander PPB di Bosnia diberitahu bahawa Karadzic bersetuju membenarkan UNPROFOR memasuk Srebrenica. Muslim Srebrenica diundurkan dalam 72 jam.

b) Terjerut di Sarajevo, Julai – Ogos 1993

Krisis ini bermula apabila Serb menawan Trnovo pada Julai 1993 dan peperangan di Bukit Bjelasnica dan Bukit Igman pada penghujung Julai. Konvoi bantuan kemanusiaan dihalang dari tiba ke bandar di mana Muslim dan Croat berperang di tengah Bosnia. Pertengahan Julai, pentadbiran Clinton mula berbincang langkah-langkah menghalang Serb daripada terus menakluk Sarajevo. Majlis Keselamatan menerima resolusi pada 23 Julai mengutuk sekatan di Sarajevo dan menuntut bantuan diteruskan. Pertempuran di bandar terus teruk, pegawai PBB merekodkan 3777 tembakan dilepaskan dalam tempoh 16 jam. Pada masa yang sama CIA memberitahu pentadbiran Clinton bahawa Serb sudah hampir-hampir memenangi seluruh Bosnia. Pembuat polisi US mahu digunakan serangan udara ke atas Serb. Duta NATO memberi amaran bahawa mereka akan mengambil tindakan efektif dan bersedia menggunakan serangan udara membebaskan jerutan di Sarajevo dan meneruskan bantuan kemanusiaan tetapi tidak disebutkan tarikh operasi itu.

Ia kemudiannya menjadi faktor Karadzic, pada 30 Julai memberitahu mediator antarabangsa bahawa beliau akan mengundurkan Serb dari Bukit Igman. Tetapi krisis masih berterusan. Perundingan berlansung di Pale pada 5 Ogos di antara Serb dan komader PBB diberitahu bahawa Serb akan diundurkan jika PBB mahu memasuki kawasan yang mereka kosongkan dan Karadzic berjanji akan memberi laluan konvoi bantuan. Perundingan keesokannya gagal apabila Jeneral Bosnia memberitahu tentera kerajaan Bosnia diiringi PBB di izinkan memasuki Igman dan Bjelasnica. Pada akhirnya perjanjian tercapai apabila Serb bersetuju berundur daripada Bukit Bjelasnica yang akan dimasuki oleh tentera UNPROFOR Perancis. Penyerahan jalan Bukit Igman oleh Serb ini adalah situasi yang kritikal dalam peperangan di Sarajevo.

c) Pengeboman di Pasar Markala, Februari 1994

Dengan penolakan perjanjian pelan pembahagian oleh Owen-Stoltenberg pada musim panas dan musim luruh 1993, Serb mula menambahkan serangan di Sarejevo. Serangan di Pasar Markala pada 5 Febuari 1994 mengakibatkan kematian yang ramai dan Serb dipertanggjungjawabkan. Perancis, telah ditekan oleh Amerika supaya menggunakan ketenteraan keatas Serb. Pada 7 Februari pula EU mengajak masyarakat antarabangsa membebaskan Sarajevo dengan segera. Pada 8 Februari, US mahukan senjata berat Serb dikeluarkan dari kawasan orang awam. 9 Februari NATO melaksanakan tututan terakhir penguduran senjata berat Serb dari 20 kilometer zon ekslusif penuh (total exclusive zone) dari bandar dan mengancam menggunakan serangan udara jika Serb tidak mematuhinya. Komander UN merundingkan Serb supaya mengudurkan senjata dan diletakkan di bawah kawalan PBB atau penggunaan askar UNPROFOR Rusia untuk memantau perjanjian. Pembunuhan beramai-ramai Markala ini menghasilkan penglibatan langsung oleh NATO dan US, serta Rusia di dalam krisis Bosnia- perkembangan yang melibatkan mereka sehingga setahun setengah kemudiannya.

d) Gorazde, Mac – April 1994

Serb Bosnia menyerang Gorazde mengepung timur Bosnia pada Mac 1994 menghancurkan harapan untuk aman hasil daripada kejayaan kata dua NATO pada Februari. Serangan Serb berakhir pada 26 April apabila Serb berundur dari bandar kerana mendapat kata dua dari NATO sekali lagi. Serangan Serb ini adalah untuk menggagalkan perundingan damai dan kemasukan Barat di Bosnia. Serb sudah menentukan beberapa okjektif: untuk meneutral tentera Bosnia dengan mengepung lebuhraya utara – selatan yang menghala ke Dataran Drina di Timur. Serb kemudian meletupkan Gorazde pada 10 April. Komander PBB dan NATO marah dengan serangan tersebut dan bimbang Serb akan menawan bandar, telah melancarkan serangan udara NATO ke atas kedudukan Serb pada hari yang sama. Serangan ini disokong oleh Boutros – Ghali yang pada 9 April mengarahkan tentera PBB di Bosnia untuk menggunakan” apa sahaja cara” untuk menghalau Serb keluar dari Gorazde. Serangan udara kedua dilakukan pada 11 April. Serb meneruskan serangan serta menggugut “sekali lagi serangan, kami akan menembak jatuh pesawat – kami tidak jamin keselamatan UNPROFOR dan akan serang UNPROFOR serta ibupejabat anda”. Pada 15 April Serb Bosnia tiba mempertahankan Gorazde. NATO kali ketiganya melancarkan serangan udara disusuli oleh pengeboman bandar oleh Serb. Serb telah menmbak jatuh pesawat NATO dan jet British Harrier. Ketiga-tiga serangan udara NATO adalah terhad kepada target spesifik, dengan tujuan menakut-nakutkan Serb daripada serangan untuk meneutralkan keupayaan militri Serb Bosnia. Bertindakbalas kepada serangan NATO, Serb mula menawan 200 pegawai PBB dan orang awam.

Kaedah segera untuk penyelesaian pedamaian diperlukan apabila Serb Bosnia meneruskan serangan. Pada 16 April US memutuskan untuk memakai pendekatan sederhana, mengharapkan perundingan-perundingan seterusnya akan terhasil dan usaha Rusia untuk menarik Serb keluar dari Gorazde akan berjaya tetapi usaha Rusia gagal. Pemerhati PBB mula keluar dari Gorazde selepas keadaan tidak berubah. Kedudukan US lebih terdesak, penasihat Clinton mencadangkan penggunaan serangan udara yang lebih besar. Polisi US seakan mengalami perubahan besar. Selepas April berlaku perkembangan apabila Serb Bosnia bersetuju meletakkan senjata dan membenarkan kontinjen UNPROFOR memasuki bandar. Mereka juga mula membebaskan tawanan dan mengembalikan senjata daripada depot PBB sekitar Sarajevo. Serb berjanji mereka tidak akan memasuki Gorazde dan jaminan ini diulang oleh Karadzic. Tetapi Serb menyerang hospital. Serb diberikan tarikh akhir untuk keluar dari Gorazde, tetapi Serb terus menyerang kilang. Komander Bosnia di Gorazde mengadu kepada pemerhati PBB bahawa Serb cuba “membeli masa” dalam usaha menggagalkan pengundurannya. US mencadangkan zon ekslusif penuh termasuk Gorazde. NATO memberi kata dua untuk Serb berundur tiga kilometer dari bandar, termasuk mengundurkan senjata berat sehingga 27 April. NATO kemudiannya memperluaskan kawasan zon eksklusif penuh sehingga ke Zepa, Tuzla, Bihac dan Srebrenica yang diisytiharkan kawasan selamat oleh Resolusi Majlis Keselamatan 824 pada 6 Mei 1993. Sebelum itu, Milosevic telah mengarahkan Karadzic dan Jeneral Serb ke Belgrade, bertemu dengan Yashushi Akashi, wakil khas Setiausaha Agung PBB dan ketua misi UNPROFOR. Pada 22 April, Akashi melaporkan adanya perjanjian mengundurkan senjata berat dari bandar tetapi tidak tentang pengunduran tentera Serba tiga kilometer dari bandar. Tetapi perjanjian ini dicabuli serta peperangan berterusan.

Krisis diputuskan untuk dihentikan. NATO merancang serangan besar-besaran ke atas Bosnia yang akan “memusnahkan kepungan tentera Serb dan memaksa pemimpin ke meja perundingan (bargaining table)”. Sekurang-kurangnya 24 target dikenalpasti. Sementara US lebih suka menghala target ke Serb Bosnia, EU menghadkan serangan ke atas 20 kilometer zon ekslusif sekitar bandar. Pegawai NATO mencadangkan: “Pelan ini adalah untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah, tidak akan dan tidak mahu dialami oleh Serb lagi” (Burg & Shoup, Opcit 149). Kaedah segera ini perlu kerana adanya tekanan dari Serb Bosnia untuk meningkatkan serangan tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa serta serangan udara.

Tetapi Akashi menolak serangan udara yang dirancangkan ke atas Gorazde kerana mahu melindungi pegawai PBB yang masih ditawan Serb. Selepas itu, pengeboman dari Gorazde berkurangan pada 23 April. Pada 26 April, pertempuran di bandar terhenti. Tentera kerajaan Bosnia menarik diri dari pertempuran.

Menjadi perdebatan kemudiannya ialah tentang kemusnahan dan krisis kemanusiaan di Gorazde yang dikatakan tidaklah seburuk yang dilaporkan. Jeneral US marah dengan keadaan itu dan menuduh Muslim Bosnia sengaja mengada-ngadakan cerita untuk membawa Barat ke dalam peperangan termasuk US. Peristiwa Gorazde menandakan permulaan keprihatinan kuasa Barat kepada isu krisis kemanusiaan. Serangan udara misalnya dilihat sebagai maksud menekan Serb ke meja perundingan, sekaligus mencapai penyelesaian kepada peperangan. Dengan perubahan ini, kehadiran PBB menjadi tanda tanya kerana PBB menambahkan tentera sehingga 7200 orang di bawah kebenaran Majlis Keselamatan pada Mac 1994.

Tekanan berterusan di antara UNPROFOR dan aktor-aktor peperangan semasa musim panas 1994. Pada Jun, Akashi berusaha mendapatkan perjanjian (agreement) gencatan senjata terakhir di Bosnia. Tetapi perjanjian dicabuli lagi dengan pertempuran di Cazinska Krajina. Serb menguasai Bukit Igman sekaligus mengepung Sarajevo (diceritakan terlebih awal dalam tajuk Terjerut di Sarajevo). Keganasan di zon ekslusif sekitar Sarajevo disebabkan oleh kedua-dua pihak; Serb Bosnia dan Muslim Bosnia. Kerajaan Bosnia menggunakan senjata berat di luar zon ekslusif sementara Serb menggunakannya di dalam zon. Jeneral US memberi amaran kepada Bosnia bahawa mereka akan menggunakan serangan udara. Serb memotong bekalan elektrik di Sarajevo dan Bosnia menyerang barisan Serb sekitar bandar. Pertempuran berakhir apabila Jeneral US mengancam akan menggunakan serangan udara ke atas kedua-dua pihak. Kerajaan Bosnia marah dengan Jeneral US yang hanya memfokuskan pencerobohan Bosnia ke atas zon ekslusif tetapi tidak kepada Serb yang mengancam orang awam dan bantuan kemanusiaan. Mereka menggagalkan gencatan senjata, meneruskan peperangan dan mendakwa mempertahankan diri dari penceroboh. Jadi, mereka mempunyai hak untuk mempertahan wilayah dari Serb yang menceroboh dan melakukan pembersihan etnik.

Komander tentera Bosnia mempertahankan bahawa mereka kehilangan lebih banyak wilayah semasa perjanjian gencatan senjata pada musim bunga 1994; mendakwa Serb menolak cadangan pemantauan sepanjang gencatan senjata; mengatakan selepas 30 hari gencatan senjata Serb menolak untuk memperbaharuinya sebaliknya menyeru penyatuan populasi Serb. Jeneral US bengang dengan penolakan Muslim Bosnia menandatangani gencatan senjata jangka panjang. Beliau menuduh Muslim Bosnia sengaja mahukan NATO dan US menyertai perjuangan pihak Muslim dan mereka akan berbuat apa sahaja mencapai cita-cita tersebut dengan mengatakan tentera Bosnia “mengada-ngadakan gambaran peperangan kepada dunia, dan menjadikan kami bertindak balas dengan serangan udara”. Beliau memberi amaran serangan udara juga boleh dihalakan kepada Bosnia.

Penghujung Oktober, PBB dan NATO hilang kawalan ke atas situasi Bosnia, Sarajevo dan situasi kucar-kacir sepenuhnya.

d) di Bihac, November – Disember 1994

Pertempuran paling hebat pada tahun 1994 berlaku di Bihac, suatu tempat di wilayah Cazinska Krajina di barat laut Bosnia-Herzegovina. Serb telah berusaha menawan Bihac pada tahun 1992 tetapi gagal. Tiada pertempuran di sini para tahun 1993, tetapi meletus semula apabila Jeneral Bosnia menerima Pelan Pembahagian Owen-Stoltenberg, mengisytiharkan autonomi di Cazinska, dan pada Oktober 1993 menandatangani pakatan kerjasama dan persahabatan dengan Serb Bosnia. Satu gencatan senjata pada Januari 1994 menyaksikan tentera Bosnia, tentera Muslim dan pasukan Polis Kelima Bosnia bersatu di bawah arahan Jeneral Bosnia.

Pertempuran meletus pada Februari 1994 apabila Serb menyerang pasukan Polis Kelima Bosnia kerana ingin menyekat pegangan mereka di Velika Kladusa. Serb telah diarahkan berundur dari zon ekslusif di Sarajevo, oleh itu disyaki Serb telah memindahkan pasukan artileri mereka ke Bihac. Pertempuran memerangkap pasukan UNPROFOR Perancic di tengah-tengah. Pada 10 Mac, Serb mengebom pos pemerhati Perancis dan membunuh tentera pengaman. Serangan udara NATO ke atas Serb telah diarahkan apabila beberapa buah kereta kebal telah tiba berhampiran pos tentera Perancis tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana faktor cuaca. Peretempuran berterusan sehingga musim bunga dan musim panas 1994.

Sama ada sebanyak mana Serb telah mengganas di Bihac di zon ekslusif sukar ditentukan kerana zon selamat tersebut telah diisytiharkan oleh Majlis Keselamatan PBB tanpa berunding dengan pihak yang berperang. Oleh itu, sempadan zon ini tidak dipatuhi secara terperinci. Pada 14 November, apabila Serb hampir menawan keseluruhan Bihac, PBB telah mengemukakan peta baru tetapi pihak-pihak yang berperang tidak tahu bila ia dilukis dan diedarkan.

Krisis di Bihac pada November- Disember 1994 merupakan kemuncak Perang Bosnia ini. Wilayah Cazinska Krajina, di mana terletaknya Bihac, adalah medan peperangan kepada pembentukan enam pasukan: tentera Serb Bosnia, tentera Serbia yang merentasi sempadan Croatia di Krajina, tentera Muslim Bosnia, pasukan Polis Kelima Bosnia, dan tentera Croatia. Krisis di Bihac mengundang perdebatan antarabangsa tentang kedudukan zon selamat. Kemuncaknya, kerajaan Bosnia mempertahankan Bihac pada awal November telah menjadikan Russia mempersoalkan tentang provokasi dan keganasan Bosnia di zon tersebut. Russia berhujah bahawa apabila PBB mengistiharkan zon selamat, tidak memerlukan kerajaan Bosnia meletak senjata. Resolusi 913 telah menyeru semua pihak menghentikan sebarang perbuatan provokatif. PBB juga akan menggunakan serangan udara untuk menghentikan sebarang keganasan.

Pada 3 November 1994, empat peluru berpandu darat ke udara (SAMs) telah dilancarkan di Bihac daripada kedudukan Serb. Walau bagaimanapun tiada kematian apabila salah satunya mendarat berhampiran sekolah. Dispekulasikan jika ia menghentam sekolah, akan ada tindakbalas ketenteraan yang tegas daripada NATO. Serangan ini mungkin reaksi penawanan Kupres oleh Croat dan Muslim, atau perlakuan provokatif untuk menghangatkan konflik. Walau bagaimanapun ia adalah perbuatan paling gila dan paling membinasakan oleh Serb sepanjang peperangan. Pembuat polisi US memutuskan pada 12 November mendesak dibentuk zon eksklusif di Bihac. Tetapi cadangan ditolak oleh EU yang tidak berfikir Serb akan menawan Bihac. Serangan udara Serb yang pertama yang dilancarkan ke atas zon selamat telah meningkatkan lagi ketegangan. Pada 18 November kapal terbang berlepas dari pangkalan udara Udbina di kawasan dikuasai Serb Krajina (Crotia) mengebom Bihac. Keesokan harinya sekali lagi pengeboman dilancarkan. Pada 19 November Majlis Keselamatan membenarkan NATO untuk menyerang Serb di Crotia. Pada 21 November kapal terbang NATO, operasi terbesar pada masa itu, mengebom pangkalan udara Udbina. Serangan NATO ini adalah bertujuan untuk merosakkan landasan kapal terbang sahaja tanpa merosakan kapal terbang Serb. Pada 23 November kapal terbang NATO menyerang tiga kawasan SAM Serb di Bihac, Jeneral US tidak bersetuju tindakan ini walaupun pada masa yang sama dua lagi serangan peluru berpandu dilakukan di Bihac. Serb bertindakbalas di atas serangan ini. Jeneral Serb dalam suratnya bertarikh 22 November berkata serangan ke atas Udbina adalah “ganas dan tidak berperikemanusiaan” Penasihat kepada Karadzic dalam perhubungan melalui telefon dengan Jeneral US, mengancam sekiranya sekali lagi serangan akan bermakna “perang”. Serb mula menahan anggota UN, atau menghadkan pergerakan mereka. Di Eropah dan US terdapat desakan pihak Barat perlu untuk menyelesaikan masalah ini. Serb dikatakan “mengejek” komuniti antarabangsa, kredibiliti kedua-dua Majlis Keselamatan dan NATO diperkatakan.

Pada 23 dan 24 November, media Barat melaporkan pentadbiran US berkira-kira mangambil pilihan menggunakan kuasa serangan udara untuk menghentikan kejatuhan Bihac. US menimbangkan serangan besar-besaran NATO ke atas kedudukan Serb di Bihac akan menghalang penawanannya, dan British serta Perancis hampir bersetuju dengan US. Pad 23 November, serangan NATO telah mensasarkan kepada radar SAM Serb. US bersunguh-sungguh menyerang pelancar peluru berpandu Serb dan Perancis bersetuju. Serb kemudiannya memasuki tengah Bihac dan ini meningkatkan reaksi terhadap perbuatan Serb berkenaan keadaan zon selamat dan meningkatkan tekanan ketua Serb kepada perbicangan perdamaian (peace talks). Serb kelihatannya tiada berkeinginan untuk meletak senjata, seperti yang dinyatakan oleh jeneral mereka sebagai “tiada maknanya” ( Burg & Shoup, Opcit: 157).

Pada 23 November, Akashi bertemu Milosevic dan Presiden Republik bekas Yugoslavia di Belgrade berharap untk mendapatkan perjanjian gencatan senjata. Perbincangan ini ditentang oleh Serb Bosnia. Karadzic tidak hadir dalam mesyuarat ini dan Serb di Pale menolak cadangan Akashi. PBB mendapati sukar menjadi pengantara mereka (to mediate among the combatants).

Mesyuarat NATO pada 24 November diadakan apabila keadaan semakin memuncak untuk menentukan Barat bertindakbalas ke atas tindakan Serb. US mencadangkan membesarkan lagi zon selamat di Bihac, menamatkan kepungan Serb di Bihac, serta mengusahakan tentera kerajaan Bosnia meninggalkan zon selamat. Perancis membantah, mereka mendesak supaya US mengawasi kawasan tersebut kemudiannya. Perkara ini menjadi pertikaian antara Eropah dan US kerana kegagalan US untuk menghantar tentera kepada operasi PBB di Bosnia. Sekiranya US tidak bersedia menghantar tentera ke kawasan berisiko tinggi, Perancis mencadangkan serangan udara ke atas Serb dalam usaha membawa mereka ke meja tawar-menawar (bargaining table). Perancis bimbang Serb akan bertindak balas dengan menawan tebusan. Dengan diketuai oleh Perancis dan Canada, cadangan US ditolak. Kerana serangan bukan jalan keluar kepada isu ini, NATO mencadangkan Bosnia dan Serb mencari penyelesaian politik (political solution) kepada konflik mereka. Keputusan NATO adalah seperti mempraktiskan saranan Phil Williams bahawa “mencari alternatif adalah lebih sistematik daripada berputus asa” ( 1976:61).

Sementara penyelesaian masih lagi dalam tempoh beberapa hari, beberapa peristiwa telah mengurangkan ketegangan. Pertama, artileri Serb meronda sekitar bandar tetapi tidak mengganggu orang awam. Kedua, pada hari perbicangan NATO, Serb membenarkan bantuan PBB memasuli Bihac. Ketiga, pihak lain dalam konflik juga mengurangkan ketegangan dengan meletak senjata. Keempat, kerajaan Bosnia menghadapi dua pilihan antara pasukan Polis Kelima dimusnahkan atau berundur.

Serb mengabaikan kenyataan Majlis Keselamatan mengarahkan mereka meletak senjata yang telah dipatuhi oleh kerajaan Bosnia. Keputusan akhir di Bihac menyaksikan sedikit sahaja perubahan ke atas pengawalan kawasan oleh setiap pihak yang berperang.

e) Tiga Peristiwa Kematian Beramai-ramai

Tiga peristiwa yang paling diberi perhatian dalam peristiwa perang, dan membawa kepada penglibatan Barat secara lansung kepada peperangan ini: Kematian Kebuluran pada Mei 1992, Pembunuhan Beramai-ramai di Pasar Markala pada Februari 1994, Serangan kedua di Pasar Markala pada 28 Ogos 1995.

Peristiwa pertama berlaku semasa pemimpin Barat sedang bermesyuarat di Lisbon untuk tindakan seterusnya di Bosnia. Kedua-dua sekatan (sanctions) ke atas Yugoslavia ( Serbia dan Montenegro) dan kemasukan tentera untuk menghentikan peperangan adalah dalam pertimbangan apabila serangan berlaku. Kematian orang awam yang tidak bersalah memainkan peranan yang penting untuk Barat menyegerakan sekatan melalui Majlis Keselamatan pada 30 Mei 1992 dan menjadi penglibatan lansung di Bosnia. Peristiwa kedua membawa kepada tahap Serb dan Croat bersetuju untuk bekerjasama menyerang Muslim, dan US ditekan oleh Perancis untuk menghentikan peperangan ini. Peristiwa ketiga di tempat yang sama setahun kemudiannya menyebabkan US mencari jalan untuk melancarkan serangan udara NATO bagi menamatkan peperangan. Pembuat polisi luar negeri US terutamanya, telah memutuskan untuk membentuk strategi supaya terlibat dengan efektif walaupun mungkin menjadi permainan kalah-mati kepada politik negara-negara yang berperang ( Ibid: 63)

g) Pembersihan etnik dan Pembasmian kaum (Ethnic Cleansing and Genocide).

Perang membinasakan. Sejumlah 200,000 orang dan lebih telah terkorban, cedera, dan hilang dalam peperangan di Bosnia sehingga akhir 1994. Padan Oktober 1995 dilaporkan 146,340 terbunuh dan 174,914 cedera di wilayah tentera Bosnia. CIA pada November 1995 menganggarkan 156,500 orang awam mati, dan 10,000 masih hilang, serta 81,000 tentera yang mati dari semua pihak yang berperang. 20,000 dan lebih wanita menjadi mangsa rogol tentera Serb di Bosnia tetapi suruhanjaya pakar PBB mengenalpasti 1600 kes sebenar. Suruhanjaya Hak Asasi PBB mempunyai data sehingga 12,000 kes. Kes rogol oleh Serb adalah dipuncakan dari perbuatan “rogol pembasmian kaun”. PBB menganggarkan 520,000 orang atau 12 peratus daripada populasi hilang tempat tinggal. CIA pada November 1995 menganggarkan 900,000 hingga 1.2 juta pelarian berhijrah dari Bosnia ke negara lain dan 1.3 hingga 1.5 juta orang di dalam negara hilang tempat tinggal.

Tiada data tepat mengenai pembersihan etnik tetapi dianggarkan jumlah yang hilang tempat tinggal adalah dari satu pertiga hingga dua pertiga daripada populasi keseluruhan. Jumlah Muslim yang dihalau oleh Serb adalah antara 700,000 hingga 1 juta. Pada Disember 1994 Institut Kesihatan Bosnia melaporkan sejumlah 1.025 juta daripada populasi keseluruhan 2.14 juta tidak mempunyai tempat tinggal. Sehingga 1.245 juta orang berada di luar negeri pada penghujung peperangan.

Kempen besar-besaran pembersihan etnik dijalankan oleh Serb Bosnia pada April, Mei dan Jun 1992 di timur Bosnia. Wanita dan kanak-kanak Muslim biasanya diarah melintasi medan peperangan. Mereka juga dikurung dan terkorban di sana. Ramai wanita menjadi mangsa rogol di tempat kurungan. Lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki terus dibunuh sewaktu ditemui atau dikem tahanan. Mempraktiskan nostalgia Perang Dunia Kedua; pemimpin politik Muslim, guru, golongan professional dan intelegensia Muslim disaring dan dibunuh. Gelombang pertama pembersihan etnik mencapai kemuncak dengan Tragedi Korzarac di mana mereka dikepung dan dibom. Kawasan lain yang terlibat ialah di utara Bosnia. Serb juga bertanggungjawab ke atas pembinasaan mercu tanda budaya Muslim seperti masjid, perpustakaan dan seumpamanya.

Termasuk pembersihan etnik, perogolan beramai-ramai dan kekejaman lain yang dahsyat – membuktikan bahawa Serb juga menjalankan pembasmian kaum (genocide) ke atas Muslim Bosnia. Lima keadaan dikategorikan sebagai perbuatan pembasmian kaum dalam peperangan. Pertama, serangan yang berterusan untuk kematian beramai-ramai. Kedua, jenayah yang dirancang oleh aktor sesuatu pertubuhan atau komander kepada sesuatu pertubuhan. Ketiga, mangsa adalah terpilih kerana ahli kepada sesuatu kumpulan. Keempat, mangsa tidak dapat mempertahankan diri. Kelima, kemusnahan ahli kumpulan adalah dirancang( Ibid: 182).

Kaedah menyelesaikan Krisis

Tindak balas antarabangsa kepada peperangan di Bosnia-Herzegovina didominasi oleh kuasa-kuasa besar. Britain, Perancis, Jerman, US dan Russia, telah memainkan peranan penting membentuk tindak balas kolektif kepada krisis ini. Antara tindak balas tersebut yang boleh dikategorikan sebagai kaedah meredakan, mengurangkan dan menamatkan krisis adalah seperti berikut:

i. Resolusi 749 Majlis Keselamatan PBB pada 7 April 1992 menyeru kepada gencatan senjata (cease fire) dan perundingan penyelesaian (negotiated settlement).

ii. Resolusi 752 Majlis Keselamatan PBB pada 15 Mei 1992 menyeru kepada gencatan senjata, pengunduran tentera Yugoslavia dan Croatia, penyuraian dan perletakan senjata tentera simpanan, perundingan (negotiation) penyelesaian perlembagaan di bawah naungan Persidangan EU di Belgrade, serta penamatan pembersihan etnik).

iii. Sekatan (Sanctions) ke atas Yugoslavia (Serbia dan Montenegro) berikutan pengeboman ke atas pelarian yang kebuluran di Sarajevo pada 27 Mei 1992.

iv. Resolution 757 Majlis Keselamatan PBB pada 30 Mei 1992 mengenakan sekatan ekonomi (economic embargo) ke atas Yugoslavia (Serbia dan Montenegro) dan menegaskan bahawa wilayah tidak boleh diubah dengan kuasa ketenteraan.

v. Resolusi 758 Majlis Keselamatan PBB pada 8 Jun 1992 mengarahkan semua pihak menghormati perjanjian mereka mengekalkan gencatan senjata dan mengembalikan pengawalan lapangan terbang Sarajevo kepada PBB.

vi. Lord Carrington pada 17 Julai 1992 memanggil wakil ketiga-tiga pihak bermesyuarat di London tetapi ditolak oleh mereka, dan mahu menggunakan orang tengah (mediator) dari EU. Oleh itu, Perundingan menggunakan EU sebagai orang tengah (EU-mediated negotiations) tetapi gagal juga.

vii. Resolusi 770 Majlis Keselamatan dibuat pada Ogos 1992 sebagai penguatkuasaan terhad menggunakan “apa sahaja cara” untuk meneruskan bantuan kemanusiaan, bukan kepada penyelesaian keseluruhan krisis.

viii. Pada 6 September 1992, Cyrus Vance (wakil khas Setiausaha Agung PBB) dan Lord David Owen (wakil EU) memberi “kata dua” kepada Serb meminta mereka mengeluarkan senjata berat dari Srajevo, Bihac, Jacje dan Gorazde, serta meletakkan Gorazde dibawah pengawasan PBB pada 12 September.

ix. Pada awal Oktober 1992, Vance dan Owen yang mewakili Persidangan Antarabangsa Bekas Negara Yugoslavi (ICFY) menjadi perunding (negotiation) telah mengemukakan Pelan Vance-Owen kepada ketiga-tiga pihak yang terlibat dan mula merundingkan tawar-menawar (berkenaan wilayah baru yang dicadangkan di Bosnia). Sehingga Mac 1993, perundingan ini gagal kerana semua pihak sentiasa berbalah tentang wilayah-wilayah yang dicadangkan.

x. Resolusi 781 Majlis Keselamatan PBB dibuat

xi. Resolusi 820 Majlis Keselamatan pada 17 April 1993 dibuat dan dijadualkan akan dilaksanakan pada 26 April. Milosevic bersetuju menerima pelan ini dengan syarat isu status timur Bosnia dan kawasan majoriti Muslim diselesaikan dalam perundingan seterusnya dengan Lord Owen. Milosevic kemudiannya mengubah pendirian.

xii. Resolusi 836 Majlis Keselamatan dipersetujui pada 4 Jun 1993 sebagai jaminan keselamatan unit UNPROFOR di zon selamat.

xiii. Pelan Tindakan EU terhasil pada 8 November 1993 bagi menyelesaikan masalah Krajina di Croatia. Pertemuan kali kedua pada Disember juga gagal kerana tidak sepakat dalam pembahagian wilayah.

xiv. Atas desakan Jerman, pada 9 Januari 1994, Izetbegovic dan Tudjman bertemu di Bonn membincangkan gencatan senjata dan pembebasan tawanan.

xv. Di bawah tekanan diplomatik US, Croat setuju menerima plan tajaan US berkenaan pembentukan gabungan persekutuan Muslim-Croat di mana wilayah Bosnia akan dipegang oleh Muslim dan tentera Croat sebanyak satu pertiga. Peristiwa ini berlaku pada bulan Februari 1994.

xvi. 1 Mac 1994, perjanjian (agreement) prinsip-prinsip Persekutuan Bosnia (Muslim-Croat) serta permulaan perjanjian persekutuan antara Persekutuan Bosnia dengan Croatia dibentuk di Washington. Peristiwa ini dipanggil “Perjanjian Washington”.

Kemerdekaan Bosnia-Herzegovina

Perlembagaan persekutuan yang dibentuk di Washington pada 18 Mac 1994 mengesahkan kedaulatan dan integriti Bosnia-Herzegovina. Perlembagaan ini akan diterimapakai di wilayah yang tahun 1991, adalah di bawah majority penduduk Muslim dan Croat. Penyelesaian perlembagaan di kawasan yang dikuasai Serb akan ditakrifkan sebagai konteks penyelesaian damai (peace settlement) Bosnia. Status Serb yang berada di dalam wilayah perlembagaan kekal tidak selesai. Hanya Bosniac (label baru kepada Muslim Bosnia) dan Croat dikenalpasti sebagai penduduk negara berperlembagaan Bosnia-Herzegovina. Bermakna selepas perjanjian damai ini berhasil, Bosnia-Herzegovina akan mempraktiskan amalan berperlembagaan seperti hubungan luar negeri.

Transformasi Konflik

Pada Disember 1995, NATO mengambil alih misi pengaman Bosnia dari PBB lanjutan daripada perundingan di Pengkalan Udara Wright di Dayton, Ohio hasil usaha US. Dengan tempat rundingan yang jauh dari medan konflik, Perundingan Dayton berusaha membawa pemimpin tiga kumpulan etnik di Bosnia, dan dengan ditekan (pressured) oleh US untuk menerima wilayah Bosnia dan gencatan senjata. US menggunapakai “Diplomasi Holbrooke”, iaitu keupayaan menakut-nakutkan dengan perundingan intensif (Drnovsek 2001: 18). Dengan seramai 60,000 anggota, Pasukan Pelaksana (Implementation Force – I-For), NATO memastikan perlaksanaan gencatan senjata yang baru dan membahagikan wilayah Bosnia di antara kumpulan etnik. Pasukan ini dikurangkan, mengikut perancangan, pada musim bunga 1997, dengan Pasukan Pengekalan (S-For) seramai 30,000 termasuk 8,000 tentera US. Sementara I-For bertugas pada pembahagian kawasan etnik, S-For bertanggungjawab membina semula Bosnia-Herzegovina sebagai negara bersatu, iaitu tugas yang lebih sukar ( Henderson, Opcit: 399).

Nicholas Bonsor ( 2004: 134) menggariskan beberapa pengajaran daripada Krisis Bosnia seperti yang berikut:

i. Diplomasi antarabangsa gagal pada awalnya untuk mengadakan pendekatan yang berkesan.

ii. Perlaksanaan Barat tidak praktikal kerana latar sejarah yang telah berakar umbi, jadi tidak masuk akal bagi masyarakat antarabangsa mengenakan status quo.

iii. Peningkatan kekuatan ketenteraan adalah perlahan dan jumlah yang tidak tepat untuk mengekalkan keamanan, yang sepatutnya tahap konflik dapat dielak.

iv. Mempersalahkan sesuatu puhak adalah tidak membantu proses keamanan,

v. Arahan kepada tentera adalah lambat semasa bertindakbalas menghentikan keganasan.

vi. Terlalu banyak pihak yang terlibat sama ada kerajaan dan bukan kerajaan, bersama dengan PBB, dengan badan-badan sukarela, menjadikan aktiviti mereka tidak terarah dan tidak teratur.

vii. Penggunaan serangan udara adalah tidak sesuai kerana biarlah tentera di darat yang menekan pihak-pihak berperang ke meja penyelesaian.

viii. Pengurangan jumlah tentera pengaman dan pelaksana pembangunan yang ketara setiap tahun membantu usaha penguatkuasaan.

Kesimpulan

Krisis di Bosnia-Herzegovina merupakan krisis yang rumit kerana melibatkan krisis kepentingan politik serta kepentingan nilai seperti budaya, nilai, agama dan sejarah. Sikap aktor-aktor dalaman yang terlibat adalah degil dan tidak mahu bertolak ansur. Aktor luar pula awalnya lambat, tetapi mendapati mereka juga sulit menyelesaikan krisis ini terutamanya dengan sikap aktor dalaman. Pelbagai kaedah digunakan sama ada untuk mengawal atau menyelesaikan krisis sama ada perjanjian, resolusi atau perundingan, namun kebanyakannya menemui jalan buntu. Perang yang memuncak selama dua tahun telah mengorban dan mencederakan sehingga sejuta orang dan mereka juga kehilangan tempat tinggal, menjadi mangsa kempen pembersihan etnik dan pembasmian kaum. Sehingga akhirnya apabila aktor-aktor dalaman bersetuju meletak senjata barulah jalan penyelesaian timbul semula sehingga membawa kepada kemerdekaan Bosnia-Herzegovina. Walau bagaimanapun, badan-badan antarabangsa masih diperlukan untuk usaha-usaha penguatkuasaan perjanjian, pengekalan keamanan dan pembangunan.

“ You may not be interested in war, but war is interested in you. “ - Trotsky

No comments: