Olimpik Musim Sejuk di Sarajevo 1984
sumber:expedia.com
izetbegovic
kubur besar mangsa pembunuhan beramai-ramai
PEPERANGAN
Ulasan Susastera
Beberapa faktor menyumbang kepada wujudnya konflik etnik; antaranya sejarah pertentangan puak-puak, corak dominasi etnik, ketidaksamarataan, persepsi persaingan puak sebagai zero-sum game, kemenangan pilihanraya atau perubahan lain yang memberi kuasa kepada nasionalis, kelemahan susunan politik untuk menyederhanakan atau menyekat perlakuan, kewujudan persaingan, tuntutan ekslusif untuk menguasai sesuatu wilayah, corak penyelesaian yang bersandar kepada sesuatu pihak tunggal, serta kewujudan penajaan luar atau sokongan kepada ekstremis politik (Burg & Shoup 1999: 3 ).
Di negara demokratik, tahap keganasan oleh puak pemisah agak rendah. Perlindungan isntitusi ke atas harta awam dan karekteristik hak-hak kemanusiaan dalam demokrasi membenarkan etnik, bahasa, atau kumpulan-kumpulan beridentiti menterjemah tuntutan mereka kepada kuasa undi. Walau bagaimanapun, konflik ke arah berkerajaan sendiri dan pemisahan boleh menaikkan semangat perjuangan. Di Quebec, kegagalan beberapa memorandum kemerdekaan dengan beza yang sedikit mengizinkan ketua puak parti pemisah mengumumkan penentangan etnik minoriti. Di Switzerland, undian pemisahan di Bern Canton pada tahun 1975 telah diiringi dengan pemberontakan dan ugutan yang membahagikan satu bandar utama. Para penganalisis kedua-dua kes di atas walau bagaimanapun, tidak
Pluralis melihat isu-isu di Bosnia sebagai isu dalam perspektif perhubungan (Relational). Isu-isu ini didominasi oleh dua formula: pendekatan perkongsian kuasa dan pendekatan integrasi. Pendekatan perkongsian kuasa boleh dilihat dari beberapa idea: Pertama, konflik etnik wujud dalam hubungan antara kumpulan yang tidak setara berasaskan nilai-nilai budaya yang mengakibatkan satu yang berkuasa meminggirkan satu yang lain secara sosial dan organisasi; kedua, bersabit kumpulan-kumpulan budaya ini tidak boleh bertolak ansur, atau satu komuniti mempunyai darjah autonomi yang melebihi kumpulan lain; ketiga, para pembuat keputusan mesti terdiri daripada wakil setiap kumpulan yang menyumbang kepada keputusan melibatkan kumpulan mereka; keempat, setiap kumpulan mesti mempunyai kuasa veto apabila kepentingan mereka dibincangkan (Ibid: 7).
Dalam isu integrasi, pluralis berhujah pemahaman radikal yang berbeza memberi kesan kepada perhubungan kumpulan. Sepatutnya dengan komunikasi terbuka dan adanya kesamarataan, hubungan antara etnik adalah kerjasama dan pemahamanan yang mutlak; bukannya konflik. Hubungan di atas dilihat sebagai penyumbang kepada perkongsian budaya atau yang dipanggil “budaya sivik” (Civic Culture) di Barat (Opcit). Pluralis mencadangkan sepatutnya kumpulan etnik bersaing pada identiti dan kesamarataan, bukannya pada faktor keunggulan.
Krisis di Bosnia-Herzegovina ini akan dinilai berdasarkan Kaedah Pemetaan Krisis Wher dan krisis ini akan dinilai dalam kerangka masa dari Julai 1991 sehingga 1997.
Pendahuluan
Semasa tahun 1980-an, ekonomi
Pada dekad ini, dengan keadaan negara
Semasa era Tito, beliau
Memahami dan Menganalisa Punca-Punca Krisis
a) Mengapa Krisis Berlaku
Pada Januari 1990, Parti Komunis, institusi utama kepada penyatuan rakyat
Krisis perlembagaan adalah faktor terakhir kepada kemusnahan
Bagi Bosnia-Herzegovina pula, ia memperolehi kemerdekaan sebelum meletusnya konflik yang lebih besar.
Pada tarikh yang sama, negara Serbia yang terletak di timur Bosnia-Herzegovina melancarkan kempen Serbia Raya (Greater Serbia) iatu usaha menyatukan orang Serb di Bosnia dan Croatia dengan Serb di Serbia. Tidak semua orang Serb bersetuju dengan gagasan ini kerana mereka masih taatkan negara asal. Kawasan-kawasan yang termasuk dalam gagasan ini ialah wilayah di timur dan utara
Dari segi sejarah, apabila Bosnia-Herzegovina ditakluk
Semasa era Tito, beliau menimbangkan untuk membahagikan Bosnia-Herzegovina tetapi terbukti amat memecahbelahkan dan beliau memberhentikan hasratnya. Pada 1943, dalam mesyuarat menentukan wilayah,
Konflik pada peringkat awalnya yang bercirikan perebutan kepentingan politik menguasai pemerintahan negara-negara bekas
b) Apakah Situasi Krisis?
Burg dan Shoup (1999: 6), menggariskan tiga isu besar yang menunjukkan situasi krisis di
Tahap asas yang diuji yang dimaksudkan oleh Burg & Shoup ialah mendefinisikan hak-hak sebenar di
Pengunduran Bosnia dari Yugoslavia memunculkan isu “persoalan kebangsaan” iaitu terma yang selalu digunakan di Eropah Timur bagi menggunapakai semua aspek hubungan antara etnik tetapi elemen paling penting ialah mentakrifkan hak menuntut kekuasaan (claim titular) atau status “negara berperlembagaan” (state constituting) yang selalu disimpan untuk kumpulan etnik majoriti, dan mentakrifkan hak “lain-lain” iaitu kumpulan etnik minoriti. Untuk mencapai status negara berperlembagaan itu, rundingan peringkat atasan diadakan tentang hak-hak, budaya, dan politik kumpulan termasuk pengawalan ke atas negara itu sendiri. Perjuangan ke atas hak-hak dan “persoalan kebangsaan” menjadi berkaitan di Bosnia-Herzegovina, seperti juga di lain-lain negara Eropah Timur.
Disebabkan Bosnia dikelilingi oleh negara yang lebih berkuasa iaitu Croatia dan Serbia yang berebutkan tiga isu penting tadi, maka perebutan ke atas kepentingan dan “persoalan kebangsaan” di Bosnia tidak boleh diselesaikan tanpa penyertaan Croatia dan Serbia. Dengan perpecahan
Sejarah di Eropah Timur mencatatkan ketidakintegrasian wilayah berbilang negara atau empayar telah disusuli dengan pembentukan negara bangsa. Proses bermula pada awal ke-19, dan berakhir dengan perpecahan
c) Adakah ia krisis yang simetri atau tidak simetri?
Krisis di bekas
Pergeseran pada peringkat ini adalah pergeseran ke atas kepentingan politik yang berbeza-beza dengan sifat konflik di peringkat internal iaitu di dalam wilayah
Paul Wher mengatakan konflik adalah sebahagian daripada naluri biologi yang mana “manusia adalah haiwan sosial” yang mempunyai naluri untuk bergaduh. Sifat ini menjadi asas dan mengakari sesetengah kehidupan sosial dan ia mengganggu proses dalam sistem sosial. Konflik, walau bagaimanapun boleh juga dipandang sebagai fungsi yang menukar sistem sosial itu sendiri.
Berbalik kepada krisis di
d) Mengapa krisis menjadi ‘tractable’ atau ‘intractable’?
Krisis di Bosnia adalah krisis yang ‘intractable’ kerana sukar diselesaikan. Ia melibatkan banyak aktor sama ada di peringkat individu, parti dan negara bangsa seperti Fanco Tudjman (HOS- Croatia), Alija Izetbegovic (SDA-Bosnia Herzegovina) dan Slobodan Milosevic (YPA-Serbia). Konflik ini juga melibatkan pelbagai isu yang melibatkan faktor agama, sejarah, budaya dan politik. Kepelbagaian ciri-ciri ini di sebalik setiap kumpulan etnik dan negara bangsa, serta faktor kedegilan mereka yang tidak mahu bertolak ansur tentang perbezaan-perbezaan ini menyebabkan krisis terlekat dalam keadaan ‘intractable’ seperti yang dinyatakan oleh Edgar O’Ballance sebagai pihak-pihak terlibat seperti tidak mahu memadam api perang saudara yang mula menyelimuti Bosnia-Herzegovina tidak kira berapa harga darah yang ditumpahkan (O’ Balance,Opcit: 38). Parti-parti nasionalisme yang menjadi penggerak isu-isu juga tidak mahu bersepakat menimbangtara jika terdapat isu-isu yang boleh diselesaikan secara kerjasama atau seumpamanya. Masing-masing mengutamakan keunggulan negara bangsa seperti yang dinyatakan oleh pluralis.
Di peringkat luaran pula, pendirian EU adalah tidak mahu campur tangan dalam konflik yang disifatkan sebagai isu dalaman bekas negara Yugoslavia yang boleh diselesaikan oleh aktor dalaman, serta terdapat beberapa negara anggota EU sendiri yang kurang pengetahuan dan kefahaman tentang negeri-negeri di Balkan, misalnya sewaktu Menteri Luar Luxembourg menduduki kerusi presiden EU, beliau menasihati Slovenia yang mahu keluar dari Yugoslavia sebagai “terlalu kecil untuk berada di peringkat antarabangsa”(Ibid: 2). Bagi PBB pula, pada awalnya Boutros Ghali pada 10 April 1991 telah menolak permohonan Izetbegovic supaya dikirimkan tentera pengaman ke Bosnia-Herzegovina kerana faktor sumber kewangan dan sumbangan antarabangsa (pasukan tentera) yang terhad yang boleh mengehadkan penglibatan mereka. Kegagalan masyarakat antarabangsa ini bertindak mencampuri konflik di
Aktor-aktor yang Terlibat
a) Apakah perlakuan aktor yang terlibat?
b) Apakah persepsi mereka?
Aktor yang terlibat ialah aktor individu, aktor negara, dan aktor antarabangsa. Aktor individu ialah Slobodan Milosevic, Alija Izetbegovic dan Fanco Judjman. Aktor negara ialah Serbia, Croatia dan Bosnia-Herzegovina. Aktor antarabangsa ialah PBB, EU, NATO dan US.
Slobodan Milosevic melancarkan gagasan Serbia Raya iaitu menyatukan semua orang Serb di Bosnia dan Croat dengan Serb di Serbia serta meluaskan penaklukan di kawasan timur dan utara Bosnia dalam gagasan Koridor Utara untuk menempatkan orang Serb apabila cita-cita beliau berjaya. Alija Izetbegovic adalah seorang nasionalis yang mahu menyatukan Muslim Bosnia, Croat Bosnia dan Serb Bosnia di bawah sebuah negara yang berbilang etnik tetapi pada masa yang sama beliau dikenali sebagai pejuang komuniti Islam serta sering ke negara-negara Islam mencari pengaruh dan rangkaian (Opcit: 3). Tudjman merupakan nasionalis Croatia, anti-Serbia dan mahu menubuhkan Croatia Raya untuk seluruh Croatia di tiga negara tersebut. Walaupun bersetuju dengan Izetbegovic dalam hal kemerdekaan negara dari Yugoslavia tetapi Tudjman kurang bersetuju dengan cita-cita Islam Izetbegovic khususnya kepada Croat Bosnia. Ketiga- tiga aktor individu inilah yang memimpin negara masing-masing ke kancah konflik.
Di peringkat antarabangsa, masyarakat antarabangsa yang paling hampir dari segi geografi- EU- awalnya tidak ambil peduli dengan konflik di Bosnia-Herzegovina kerana menganggap ia konflik dalaman Yugoslavia dan patut diselesaikan oleh aktor-aktor dalaman itu sendiri sama ada individu, parti atau negara. PBB pula mengharapkan EU campurtangan terlebih dahulu kerana kekangan sumber kewangan dan ketenteraan, dan US pula mempunyai misi di Teluk serta agenda pilihanraya presiden.
Kedinamikan Krisis
a) Mengapa krisis ini sukar diselesaikan?
b) Darjah atau tahap (degree) Krisis – plot krisis
c) Mengapa krisis ini sukar diurus berdasarkan kepada beberapa kes studi
Plot Krisis Mengikut Kronologi
Permulaan Krisis 1992 – 1993
Pergeseran di antara kerajaan Bosnia dan Serb Bosnia bermula apabila Izetbegovic memohon kemasukan polis dan pasukan simpanan di Sarajevo, dan kerajaan meminta Serb Bosnia meninggalkan bandar pada 4 April 1992. Beberapa pegawai Serb meninggalkan bandar tetapi berjanji kepada Serb yang tinggal bahawa mereka akan kembali dalam beberapa hari. Pada 6 April, Serb mula menembak
Keganasan merebak, kepanikan dan ketakutan meningkat, membahagi-bahagikan etnik mengikut populasi.
Pada 26 April, kedua-dua pihak telah dipanggil bermesyuarat di
Pertempuran bersambung apabila Serb Bosnia menyerang dua bandar Muslim. Keesokannya, Presiden
Keadaan kemudiannya menjadi bertambah tidak terkawal dan keganasan menular di
Pada 26 Jun, Boutros Ghali memberi Serb 48 jam untuk menghentikan serangan ke atas
Di luar
Pada Januari 1993, pertempuran meletus antara Croat dan muslim di tengah
Krisis-krisis Besar, 1993 – 1994
a) Srebrenica, April 1993
Krisis pertama yang direspons oleh Barat adalah serangan Serb ke atas Srebrenica pada awal April 1993 kerana Srebrenica merupakan pusat aktiviti gerila Muslim menyerang bandar-bandar dan perkampungan Serb di timur Bosnia pada musim sejuk 1992 – 1993. Serangan Serb dilihat memprovokasi melemah-lemahkan Pelan Vance-Owen. Akibatnya pelarian terperangkap di Srebrenica dan menimbulkan isu penganiayaan kemanusiaan. Komander PBB sendiri telah merentasi garisan Serb dan menaikkan bendera PBB di Srebrenica dalam usaha menyelamatkan pelarian. Pada April, Serb melancarkan serangan ke
b) Terjerut di Sarajevo, Julai – Ogos 1993
Krisis ini bermula apabila Serb menawan Trnovo pada Julai 1993 dan peperangan di Bukit Bjelasnica dan Bukit Igman pada penghujung Julai. Konvoi bantuan kemanusiaan dihalang dari tiba ke bandar di mana Muslim dan Croat berperang di tengah
Ia kemudiannya menjadi faktor Karadzic, pada 30 Julai memberitahu mediator antarabangsa bahawa beliau akan mengundurkan Serb dari Bukit Igman. Tetapi krisis masih berterusan. Perundingan berlansung di Pale pada 5 Ogos di antara Serb dan komader PBB diberitahu bahawa Serb akan diundurkan jika PBB mahu memasuki kawasan yang mereka kosongkan dan Karadzic berjanji akan memberi laluan konvoi bantuan. Perundingan keesokannya gagal apabila Jeneral Bosnia memberitahu tentera kerajaan Bosnia diiringi PBB di izinkan memasuki Igman dan Bjelasnica. Pada akhirnya perjanjian tercapai apabila Serb bersetuju berundur daripada Bukit Bjelasnica yang akan dimasuki oleh tentera UNPROFOR Perancis. Penyerahan jalan Bukit Igman oleh Serb ini adalah situasi yang kritikal dalam peperangan di Sarajevo.
c) Pengeboman di Pasar Markala, Februari 1994
Dengan penolakan perjanjian pelan pembahagian oleh Owen-Stoltenberg pada musim panas dan musim luruh 1993, Serb mula menambahkan serangan di Sarejevo. Serangan di Pasar Markala pada 5 Febuari 1994 mengakibatkan kematian yang ramai dan Serb dipertanggjungjawabkan. Perancis, telah ditekan oleh Amerika supaya menggunakan ketenteraan keatas Serb. Pada 7 Februari pula EU mengajak masyarakat antarabangsa membebaskan Sarajevo dengan segera. Pada 8 Februari, US mahukan senjata berat Serb dikeluarkan dari kawasan orang awam. 9 Februari NATO melaksanakan tututan terakhir penguduran senjata berat Serb dari 20 kilometer zon ekslusif penuh (total exclusive zone) dari bandar dan mengancam menggunakan serangan udara jika Serb tidak mematuhinya. Komander UN merundingkan Serb supaya mengudurkan senjata dan diletakkan di bawah kawalan PBB atau penggunaan askar UNPROFOR Rusia untuk memantau perjanjian. Pembunuhan beramai-ramai Markala ini menghasilkan penglibatan langsung oleh NATO dan US, serta Rusia di dalam krisis Bosnia- perkembangan yang melibatkan mereka sehingga setahun setengah kemudiannya.
d) Gorazde, Mac – April 1994
Serb Bosnia menyerang Gorazde mengepung timur
Kaedah segera untuk penyelesaian pedamaian diperlukan apabila Serb Bosnia meneruskan serangan. Pada 16 April US memutuskan untuk memakai pendekatan sederhana, mengharapkan perundingan-perundingan seterusnya akan terhasil dan usaha Rusia untuk menarik Serb keluar dari Gorazde akan berjaya tetapi usaha Rusia gagal. Pemerhati PBB mula keluar dari Gorazde selepas keadaan tidak berubah. Kedudukan
Krisis diputuskan untuk dihentikan. NATO merancang serangan besar-besaran ke atas Bosnia yang akan “memusnahkan kepungan tentera Serb dan memaksa pemimpin ke meja perundingan (bargaining table)”. Sekurang-kurangnya 24 target dikenalpasti. Sementara US lebih suka menghala target ke Serb Bosnia, EU menghadkan serangan ke atas 20 kilometer zon ekslusif sekitar bandar. Pegawai NATO mencadangkan: “Pelan ini adalah untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah, tidak akan dan tidak mahu dialami oleh Serb lagi” (Burg & Shoup, Opcit 149). Kaedah segera ini perlu kerana adanya tekanan dari Serb Bosnia untuk meningkatkan serangan tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa serta serangan udara.
Tetapi Akashi menolak serangan udara yang dirancangkan ke atas Gorazde kerana mahu melindungi pegawai PBB yang masih ditawan Serb. Selepas itu, pengeboman dari Gorazde berkurangan pada 23 April. Pada 26 April, pertempuran di bandar terhenti. Tentera kerajaan Bosnia menarik diri dari pertempuran.
Menjadi perdebatan kemudiannya ialah tentang kemusnahan dan krisis kemanusiaan di Gorazde yang dikatakan tidaklah seburuk yang dilaporkan. Jeneral US marah dengan keadaan itu dan menuduh Muslim Bosnia sengaja mengada-ngadakan cerita untuk membawa Barat ke dalam peperangan termasuk US. Peristiwa Gorazde menandakan permulaan keprihatinan kuasa Barat kepada isu krisis kemanusiaan. Serangan udara misalnya dilihat sebagai maksud menekan Serb ke meja perundingan, sekaligus mencapai penyelesaian kepada peperangan. Dengan perubahan ini, kehadiran PBB menjadi tanda tanya kerana PBB menambahkan tentera sehingga 7200 orang di bawah kebenaran Majlis Keselamatan pada Mac 1994.
Tekanan berterusan di antara UNPROFOR dan aktor-aktor peperangan semasa musim panas 1994. Pada Jun, Akashi berusaha mendapatkan perjanjian (agreement) gencatan senjata terakhir di Bosnia. Tetapi perjanjian dicabuli lagi dengan pertempuran di Cazinska Krajina. Serb menguasai Bukit Igman sekaligus mengepung Sarajevo (diceritakan terlebih awal dalam tajuk Terjerut di Sarajevo). Keganasan di zon ekslusif sekitar Sarajevo disebabkan oleh kedua-dua pihak; Serb Bosnia dan Muslim Bosnia. Kerajaan Bosnia menggunakan senjata berat di luar zon ekslusif sementara Serb menggunakannya di dalam zon. Jeneral US memberi amaran kepada Bosnia bahawa mereka akan menggunakan serangan udara. Serb memotong bekalan elektrik di Sarajevo dan Bosnia menyerang barisan Serb sekitar bandar. Pertempuran berakhir apabila Jeneral US mengancam akan menggunakan serangan udara ke atas kedua-dua pihak. Kerajaan Bosnia marah dengan Jeneral US yang hanya memfokuskan pencerobohan Bosnia ke atas zon ekslusif tetapi tidak kepada Serb yang mengancam orang awam dan bantuan kemanusiaan. Mereka menggagalkan gencatan senjata, meneruskan peperangan dan mendakwa mempertahankan diri dari penceroboh. Jadi, mereka mempunyai hak untuk mempertahan wilayah dari Serb yang menceroboh dan melakukan pembersihan etnik.
Komander tentera Bosnia mempertahankan bahawa mereka kehilangan lebih banyak wilayah semasa perjanjian gencatan senjata pada musim bunga 1994; mendakwa Serb menolak cadangan pemantauan sepanjang gencatan senjata; mengatakan selepas 30 hari gencatan senjata Serb menolak untuk memperbaharuinya sebaliknya menyeru penyatuan populasi Serb. Jeneral US bengang dengan penolakan Muslim Bosnia menandatangani gencatan senjata jangka panjang. Beliau menuduh Muslim Bosnia sengaja mahukan NATO dan US menyertai perjuangan pihak Muslim dan mereka akan berbuat apa sahaja mencapai cita-cita tersebut dengan mengatakan tentera Bosnia “mengada-ngadakan gambaran peperangan kepada dunia, dan menjadikan kami bertindak balas dengan serangan udara”. Beliau memberi amaran serangan udara juga boleh dihalakan kepada Bosnia.
Penghujung Oktober, PBB dan NATO hilang kawalan ke atas situasi Bosnia, Sarajevo dan situasi kucar-kacir sepenuhnya.
d) di Bihac, November – Disember 1994
Pertempuran paling hebat pada tahun 1994 berlaku di Bihac, suatu tempat di wilayah Cazinska Krajina di barat laut Bosnia-Herzegovina. Serb telah berusaha menawan Bihac pada tahun 1992 tetapi gagal. Tiada pertempuran di sini para tahun 1993, tetapi meletus semula apabila Jeneral
Pertempuran meletus pada Februari 1994 apabila Serb menyerang pasukan Polis Kelima
Sama ada sebanyak mana Serb telah mengganas di Bihac di zon ekslusif sukar ditentukan kerana zon selamat tersebut telah diisytiharkan oleh Majlis Keselamatan PBB tanpa berunding dengan pihak yang berperang. Oleh itu, sempadan zon ini tidak dipatuhi secara terperinci. Pada 14 November, apabila Serb hampir menawan keseluruhan Bihac, PBB telah mengemukakan peta baru tetapi pihak-pihak yang berperang tidak tahu bila ia dilukis dan diedarkan.
Krisis di Bihac pada November- Disember 1994 merupakan kemuncak Perang Bosnia ini. Wilayah Cazinska Krajina, di mana terletaknya Bihac, adalah medan peperangan kepada pembentukan enam pasukan: tentera Serb Bosnia, tentera Serbia yang merentasi sempadan Croatia di Krajina, tentera Muslim Bosnia, pasukan Polis Kelima Bosnia, dan tentera Croatia. Krisis di Bihac mengundang perdebatan antarabangsa tentang kedudukan zon selamat. Kemuncaknya, kerajaan Bosnia mempertahankan Bihac pada awal November telah menjadikan Russia mempersoalkan tentang provokasi dan keganasan Bosnia di zon tersebut. Russia berhujah bahawa apabila PBB mengistiharkan zon selamat, tidak memerlukan kerajaan Bosnia meletak senjata. Resolusi 913 telah menyeru semua pihak menghentikan sebarang perbuatan provokatif. PBB juga akan menggunakan serangan udara untuk menghentikan sebarang keganasan.
Pada 3 November 1994, empat peluru berpandu darat ke udara (SAMs) telah dilancarkan di Bihac daripada kedudukan Serb. Walau bagaimanapun tiada kematian apabila salah satunya mendarat berhampiran sekolah. Dispekulasikan jika ia menghentam sekolah, akan ada tindakbalas ketenteraan yang tegas daripada NATO. Serangan ini mungkin reaksi penawanan Kupres oleh Croat dan Muslim, atau perlakuan provokatif untuk menghangatkan konflik. Walau bagaimanapun ia adalah perbuatan paling gila dan paling membinasakan oleh Serb sepanjang peperangan. Pembuat polisi US memutuskan pada 12 November mendesak dibentuk zon eksklusif di Bihac. Tetapi cadangan ditolak oleh EU yang tidak berfikir Serb akan menawan Bihac. Serangan udara Serb yang pertama yang dilancarkan ke atas zon selamat telah meningkatkan lagi ketegangan. Pada 18 November kapal terbang berlepas dari pangkalan udara Udbina di kawasan dikuasai Serb Krajina (Crotia) mengebom Bihac. Keesokan harinya sekali lagi pengeboman dilancarkan. Pada 19 November Majlis Keselamatan membenarkan NATO untuk menyerang Serb di Crotia. Pada 21 November kapal terbang NATO, operasi terbesar pada masa itu, mengebom pangkalan udara Udbina. Serangan NATO ini adalah bertujuan untuk merosakkan landasan kapal terbang sahaja tanpa merosakan kapal terbang Serb. Pada 23 November kapal terbang NATO menyerang tiga kawasan SAM Serb di Bihac, Jeneral US tidak bersetuju tindakan ini walaupun pada masa yang sama dua lagi serangan peluru berpandu dilakukan di Bihac. Serb bertindakbalas di atas serangan ini. Jeneral Serb dalam suratnya bertarikh 22 November berkata serangan ke atas Udbina adalah “ganas dan tidak berperikemanusiaan” Penasihat kepada Karadzic dalam perhubungan melalui telefon dengan Jeneral US, mengancam sekiranya sekali lagi serangan akan bermakna “perang”. Serb mula menahan anggota UN, atau menghadkan pergerakan mereka. Di Eropah dan US terdapat desakan pihak Barat perlu untuk menyelesaikan masalah ini. Serb dikatakan “mengejek” komuniti antarabangsa, kredibiliti kedua-dua Majlis Keselamatan dan NATO diperkatakan.
Pada 23 dan 24 November, media Barat melaporkan pentadbiran US berkira-kira mangambil pilihan menggunakan kuasa serangan udara untuk menghentikan kejatuhan Bihac. US menimbangkan serangan besar-besaran NATO ke atas kedudukan Serb di Bihac akan menghalang penawanannya, dan British serta Perancis hampir bersetuju dengan US. Pad 23 November, serangan NATO telah mensasarkan kepada radar SAM Serb. US bersunguh-sungguh menyerang pelancar peluru berpandu Serb dan Perancis bersetuju. Serb kemudiannya memasuki tengah Bihac dan ini meningkatkan reaksi terhadap perbuatan Serb berkenaan keadaan zon selamat dan meningkatkan tekanan ketua Serb kepada perbicangan perdamaian (peace talks). Serb kelihatannya tiada berkeinginan untuk meletak senjata, seperti yang dinyatakan oleh jeneral mereka sebagai “tiada maknanya” ( Burg & Shoup, Opcit: 157).
Pada 23 November, Akashi bertemu Milosevic dan Presiden Republik bekas Yugoslavia di Belgrade berharap untk mendapatkan perjanjian gencatan senjata. Perbincangan ini ditentang oleh Serb Bosnia. Karadzic tidak hadir dalam mesyuarat ini dan Serb di Pale menolak cadangan Akashi. PBB mendapati sukar menjadi pengantara mereka (to mediate among the combatants).
Mesyuarat NATO pada 24 November diadakan apabila keadaan semakin memuncak untuk menentukan Barat bertindakbalas ke atas tindakan Serb. US mencadangkan membesarkan lagi zon selamat di Bihac, menamatkan kepungan Serb di Bihac, serta mengusahakan tentera kerajaan Bosnia meninggalkan zon selamat. Perancis membantah, mereka mendesak supaya US mengawasi kawasan tersebut kemudiannya. Perkara ini menjadi pertikaian antara Eropah dan US kerana kegagalan US untuk menghantar tentera kepada operasi PBB di Bosnia. Sekiranya US tidak bersedia menghantar tentera ke kawasan berisiko tinggi, Perancis mencadangkan serangan udara ke atas Serb dalam usaha membawa mereka ke meja tawar-menawar (bargaining table). Perancis bimbang Serb akan bertindak balas dengan menawan tebusan. Dengan diketuai oleh Perancis dan Canada, cadangan US ditolak. Kerana serangan bukan jalan keluar kepada isu ini, NATO mencadangkan Bosnia dan Serb mencari penyelesaian politik (political solution) kepada konflik mereka. Keputusan NATO adalah seperti mempraktiskan saranan Phil Williams bahawa “mencari alternatif adalah lebih sistematik daripada berputus asa” ( 1976:61).
Sementara penyelesaian masih lagi dalam tempoh beberapa hari, beberapa peristiwa telah mengurangkan ketegangan. Pertama, artileri Serb meronda sekitar bandar tetapi tidak mengganggu orang awam. Kedua, pada hari perbicangan NATO, Serb membenarkan bantuan PBB memasuli Bihac. Ketiga, pihak lain dalam konflik juga mengurangkan ketegangan dengan meletak senjata. Keempat, kerajaan Bosnia menghadapi dua pilihan antara pasukan Polis Kelima dimusnahkan atau berundur.
Serb mengabaikan kenyataan Majlis Keselamatan mengarahkan mereka meletak senjata yang telah dipatuhi oleh kerajaan Bosnia. Keputusan akhir di Bihac menyaksikan sedikit sahaja perubahan ke atas pengawalan kawasan oleh setiap pihak yang berperang.
e) Tiga Peristiwa Kematian Beramai-ramai
Tiga peristiwa yang paling diberi perhatian dalam peristiwa perang, dan membawa kepada penglibatan Barat secara lansung kepada peperangan ini: Kematian Kebuluran pada Mei 1992, Pembunuhan Beramai-ramai di Pasar Markala pada Februari 1994, Serangan kedua di Pasar Markala pada 28 Ogos 1995.
Peristiwa pertama berlaku semasa pemimpin Barat sedang bermesyuarat di
g) Pembersihan etnik dan Pembasmian kaum (Ethnic Cleansing and Genocide).
Perang membinasakan. Sejumlah 200,000 orang dan lebih telah terkorban, cedera, dan hilang dalam peperangan di
Tiada data tepat mengenai pembersihan etnik tetapi dianggarkan jumlah yang hilang tempat tinggal adalah dari satu pertiga hingga dua pertiga daripada populasi keseluruhan. Jumlah Muslim yang dihalau oleh Serb adalah antara 700,000 hingga 1 juta. Pada Disember 1994 Institut Kesihatan
Kempen besar-besaran pembersihan etnik dijalankan oleh Serb Bosnia pada April, Mei dan Jun 1992 di timur
Termasuk pembersihan etnik, perogolan beramai-ramai dan kekejaman lain yang dahsyat – membuktikan bahawa Serb juga menjalankan pembasmian kaum (genocide) ke atas Muslim Bosnia. Lima keadaan dikategorikan sebagai perbuatan pembasmian kaum dalam peperangan. Pertama, serangan yang berterusan untuk kematian beramai-ramai. Kedua, jenayah yang dirancang oleh aktor sesuatu pertubuhan atau komander kepada sesuatu pertubuhan. Ketiga, mangsa adalah terpilih kerana ahli kepada sesuatu kumpulan. Keempat, mangsa tidak dapat mempertahankan diri. Kelima, kemusnahan ahli kumpulan adalah dirancang( Ibid: 182).
Kaedah menyelesaikan Krisis
Tindak balas antarabangsa kepada peperangan di
i. Resolusi 749 Majlis Keselamatan PBB pada 7 April 1992 menyeru kepada gencatan senjata (cease fire) dan perundingan penyelesaian (negotiated settlement).
ii. Resolusi 752 Majlis Keselamatan PBB pada 15 Mei 1992 menyeru kepada gencatan senjata, pengunduran tentera Yugoslavia dan Croatia, penyuraian dan perletakan senjata tentera simpanan, perundingan (negotiation) penyelesaian perlembagaan di bawah naungan Persidangan EU di Belgrade, serta penamatan pembersihan etnik).
iii. Sekatan (Sanctions) ke atas
iv. Resolution 757 Majlis Keselamatan PBB pada 30 Mei 1992 mengenakan sekatan ekonomi (economic embargo) ke atas Yugoslavia (Serbia dan Montenegro) dan menegaskan bahawa wilayah tidak boleh diubah dengan kuasa ketenteraan.
v. Resolusi 758 Majlis Keselamatan PBB pada 8 Jun 1992 mengarahkan semua pihak menghormati perjanjian mereka mengekalkan gencatan senjata dan mengembalikan pengawalan lapangan terbang
vi. Lord Carrington pada 17 Julai 1992 memanggil wakil ketiga-tiga pihak bermesyuarat di
vii. Resolusi 770 Majlis Keselamatan dibuat pada Ogos 1992 sebagai penguatkuasaan terhad menggunakan “apa sahaja cara” untuk meneruskan bantuan kemanusiaan, bukan kepada penyelesaian keseluruhan krisis.
viii. Pada 6 September 1992, Cyrus Vance (wakil khas Setiausaha Agung PBB) dan Lord David Owen (wakil EU) memberi “kata dua” kepada Serb meminta mereka mengeluarkan senjata berat dari Srajevo, Bihac, Jacje dan Gorazde, serta meletakkan Gorazde dibawah pengawasan PBB pada 12 September.
ix. Pada awal Oktober 1992, Vance dan Owen yang mewakili Persidangan Antarabangsa Bekas Negara Yugoslavi (ICFY) menjadi perunding (negotiation) telah mengemukakan Pelan Vance-Owen kepada ketiga-tiga pihak yang terlibat dan mula merundingkan tawar-menawar (berkenaan wilayah baru yang dicadangkan di
x. Resolusi 781 Majlis Keselamatan PBB dibuat
xi. Resolusi 820 Majlis Keselamatan pada 17 April 1993 dibuat dan dijadualkan akan dilaksanakan pada 26 April. Milosevic bersetuju menerima pelan ini dengan syarat isu status timur Bosnia dan kawasan majoriti Muslim diselesaikan dalam perundingan seterusnya dengan Lord Owen. Milosevic kemudiannya mengubah pendirian.
xii. Resolusi 836 Majlis Keselamatan dipersetujui pada 4 Jun 1993 sebagai jaminan keselamatan unit UNPROFOR di zon selamat.
xiii. Pelan Tindakan EU terhasil pada 8 November 1993 bagi menyelesaikan masalah Krajina di Croatia. Pertemuan kali kedua pada Disember juga gagal kerana tidak sepakat dalam pembahagian wilayah.
xiv. Atas desakan Jerman, pada 9 Januari 1994, Izetbegovic dan Tudjman bertemu di Bonn membincangkan gencatan senjata dan pembebasan tawanan.
xv. Di bawah tekanan diplomatik
xvi. 1 Mac 1994, perjanjian (agreement) prinsip-prinsip Persekutuan
Kemerdekaan Bosnia-Herzegovina
Perlembagaan persekutuan yang dibentuk di Washington pada 18 Mac 1994 mengesahkan kedaulatan dan integriti Bosnia-Herzegovina. Perlembagaan ini akan diterimapakai di wilayah yang tahun 1991, adalah di bawah majority penduduk Muslim dan Croat. Penyelesaian perlembagaan di kawasan yang dikuasai Serb akan ditakrifkan sebagai konteks penyelesaian damai (peace settlement)
Transformasi Konflik
Pada Disember 1995, NATO mengambil alih misi pengaman
Nicholas Bonsor ( 2004: 134) menggariskan beberapa pengajaran daripada Krisis Bosnia seperti yang berikut:
i. Diplomasi antarabangsa gagal pada awalnya untuk mengadakan pendekatan yang berkesan.
ii. Perlaksanaan Barat tidak praktikal kerana latar sejarah yang telah berakar umbi, jadi tidak masuk akal bagi masyarakat antarabangsa mengenakan status quo.
iii. Peningkatan kekuatan ketenteraan adalah perlahan dan jumlah yang tidak tepat untuk mengekalkan keamanan, yang sepatutnya tahap konflik dapat dielak.
iv. Mempersalahkan sesuatu puhak adalah tidak membantu proses keamanan,
v. Arahan kepada tentera adalah lambat semasa bertindakbalas menghentikan keganasan.
vi. Terlalu banyak pihak yang terlibat sama ada kerajaan dan bukan kerajaan, bersama dengan PBB, dengan badan-badan sukarela, menjadikan aktiviti mereka tidak terarah dan tidak teratur.
vii. Penggunaan serangan udara adalah tidak sesuai kerana biarlah tentera di darat yang menekan pihak-pihak berperang ke meja penyelesaian.
viii. Pengurangan jumlah tentera pengaman dan pelaksana pembangunan yang ketara setiap tahun membantu usaha penguatkuasaan.
Kesimpulan
Krisis di Bosnia-Herzegovina merupakan krisis yang rumit kerana melibatkan krisis kepentingan politik serta kepentingan nilai seperti budaya, nilai, agama dan sejarah. Sikap aktor-aktor dalaman yang terlibat adalah degil dan tidak mahu bertolak ansur. Aktor luar pula awalnya lambat, tetapi mendapati mereka juga sulit menyelesaikan krisis ini terutamanya dengan sikap aktor dalaman. Pelbagai kaedah digunakan sama ada untuk mengawal atau menyelesaikan krisis sama ada perjanjian, resolusi atau perundingan, namun kebanyakannya menemui jalan buntu. Perang yang memuncak selama dua tahun telah mengorban dan mencederakan sehingga sejuta orang dan mereka juga kehilangan tempat tinggal, menjadi mangsa kempen pembersihan etnik dan pembasmian kaum. Sehingga akhirnya apabila aktor-aktor dalaman bersetuju meletak senjata barulah jalan penyelesaian timbul semula sehingga membawa kepada kemerdekaan Bosnia-Herzegovina. Walau bagaimanapun, badan-badan antarabangsa masih diperlukan untuk usaha-usaha penguatkuasaan perjanjian, pengekalan keamanan dan pembangunan.
“ You may not be interested in war, but war is interested in you. “ - Trotsky
1 comment:
Akhirnya saya dapat pencerahan tentang perang di bosnia. Alhamdulillah. Terima kasih.
Post a Comment